Followers


Pages

Saturday, August 7, 2010

Luahan Hati Seorang Hafizah~Mampukah aku??~

Bismillah..

Lama rasanya tak menjengah blog..lama sgt..bkn rasanya lg..hi3..alhamdulillah..setelah 3 tahun disini (tempat aku bljar) tak sangka akhirnya sudah berada dipenghujungnya.Rasa seronok tak terkata..tp..takut pn ada,apa yg aku genggam ni boleh ke aku istiqamah n aku bawak sampai ke waktu akhir aku.Ya Allah,bantulah aku,aku ambik bidang ni bukan pilihan sesiapa, tetapi pilihan hati sendiri.Ingat lagi waktu aku form 5,sungguh2 doa aku nak ambik bidang ni,rasa teringin sangat..bila mula start2 masuk,Ya Allah..susahnya..berjam2 aku cuba untuk menghafal kalimah Allah ni.Semuka pun payah sangat,ingat balik kesusahan dan kesukaran nakmenghafal kalimah suci ni mmbuatkan aku rasa malu dengan Allah,mungkin..banyak kesilapan dan kekhilafan ku padaNYA,start sem satu aku rasa aku la org yg paling teruk sebab rasa tak mampu.. Sampai satu tahap merajuk tak keluar bilik sebab terlalu sedih, tak terluah rasa sedih ni..sedih sgt2,mak ngan ayah la yg beri semangat kat aku tuk teruskan perjuangan ni..Yang paling tak dapat kulupa kata2 ayah..'Kakak,bukan semua org terpilih untuk bidang ni,tapi Allah pilih kakak..Kakak kena ingat kakak makan nasi, yg lain2 makan nasi juga..macam mana depa leh, kakak tak leh??.." menangis ja aku waktu tu..Aku amik nasihat ayah sebagai satu semangat,tengok ayah seronok sgt bila aku pilih bidang ni. Dah lama pastu aku dah dpt menghafal dengan baik alhamdulillah, berkat doa mak ayah dan macam2 jugala teknik yg aku cuba. Dekat sini kawan2 alhamdulillah banyak membantu, semua rajin2 belaka..aku je kureng sikit..hehe..dugaan menghafal ni bukan setakat payah nak menghafal, banyak lg..banyak kwan2 yang tak mampu satu persatu bawa diri pergi. kekadang goyah gak tapi kena kuatkan azam,kita diuji dengan sakit,sahabat,masalah family,penyakit hati dan len2 lg.Sekerang aku disini hampir sampai kepenghujung nya..Duhai diri, ingatlah perjuangan aku bukan hanya disini,istiqamah untuk menggengam kalamNya paling utama.Tapi hati ini masih berbelah bahagi,samada ke Mesir atau sambung di tanah air sendiri. Ya Allah,tunjukkan tempat yang layak untukku untuk ku mencedok ilmu mu.Aaamin Ya Rabbi tunjukkakn lah..