Followers


Pages

Friday, December 13, 2013

Nampak, atau tidak nampak?



Allahumma Solli Ala Muhammad.

Tergerak nak buka blog harini, berzaman x mengupdate blog jadi kena “baca-baca ruqyah “ sikit bagi menghindari ada makhluk lain menginap.  Dan ada dah labah-labah bagi signal dah nak menginap. So, kena lah kemas-kemas sikit bagi molek-molek sebab blog pun ada haknya. ^_^

 -gambar ni ja yg tutup mata-


Kalau kita perasan, dan kalau kita ikutkan logik akal kita sebagai manusia, kita suka perkara tu nampak real dan jelas baru kita akan percaya dan kita hargai. Namun, Allah lah yang mencorakkan kehidupan kita di dunia ini dengan cara yang sangat unik dan menarik. Bukan semua perkara itu kita boleh lihat dengan mata kasar kita.

Begitu juga dengan keimanan kita, kita tidak nampak Allah namun kita mengimani, kita tidak pernah bertemu dengan nabi-nabi utusanNYA namun kita percaya mereka sebagai utusan Allah, kita megimani kewujudan malaikat-malaikat, kitab-kitabNYA dan banyak lagi perkara yang diluar kotak pemikiran kita.


Kenapa kita boleh beriman? Kerana kita  boleh melihat bukti-bukti yang dibawa nabi kita  صلى الله عليه وسلم  محمد yang membawa wahyu dari Allah iaitu Al-Quran. Allah berfirman di dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya engkau hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti  peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pengasih , walaupun mereka tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. (Yasin:11)


Allah tidak bagi kita melihat perkara-perkara ghaib, tapi Allah datangkan bukti-bukti  kekuasaannya supaya kita mengimani namun kita tidak mahu berfikir dan mensyukuri kekuasaannya.Begitu juga tentang kehidupan akhirat, Allah bagi panduan kepada kita untuk beramal soleh dan menjanjikan syurga namun kita sering leka, sebab kita tidak nampak dengan mata kasar. Tapi, bagi orang yang nampak dari mata “hati” mereka akan memahaminya dan mencari peluang melakukan amal soleh.


Allah berjanji  di dalam Al-Quran  berbunyi:

“ Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebaikan, kelak akan kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataan daripada Allah” (Surah AnNisa: 122)

 
Allah sudah berjanji kepada hambanya, bagaimana kita hendak merealisasikan untuk mengejar syurga hakiki? Walaupun zahirnya tidak nampak sekarang namun Allah akan menampakkan hasil kebaikan kita di syurga kelak.

Terfikir juga, dengan rasa sayangnya kita kepada baginda Rasulullah, pada zaman dimana agama Islam meluas seluruh dunia. Belum tentu lagi kita mampu percaya kalau kita berada sezaman dengan baginda. Zaman dimana banyak penentangan kepada baginda.Kerana manusia fitrahnya sukar menerima sesuatu yang baru dan sukar percaya perkara-perkara ghaib. Allahu Allah. Bersyukurlah kita kerana berada bersama-sama baginda. Walaupun tidak pernah bertemu namun kita sering rindu.

Termuhasabah merasakan pendinding diri yakni amalan kerohanian masih kurang sebab masih ada sifat-sifat negatif pada diri. Walaupun kita tidak nampak, itulah asbab dari kurangnya penghayatan kita dalam ibadah.
Dalam perkara-perkara lain pun, kadang-kadang kita berhajat untuk sesuatu namun Allah tidak menampakkan lagi apa yang kita harapkan. Kerana ada suatu perkara yang dijanji iaitu ‘hikmah’. Sama-samalah kita ya.

:: Musim syita menguji diri, tak dapat tidur malam, bermujahadah, menginsafi dan mensyukuri kerana masih berbaju tebal+berlihaf tebal+sakhonah, menyedari ada saudara seakidah kita mati kesejukan kerana kekurangan keperluan musim sejuk. Semoga Allah menghadiahkan mereka jannah.Ameen.