Followers


Pages

Tuesday, November 8, 2011

Raya Di Egypt

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..Selawat dan salam keatas Nabi Junjungan Mulia SAW. ^__^

Pertama2 nya dipanjatkan kesyukuran kerana dapat lagi memberi sedikit perkongsian didalam blog ini..

Alhamdulillah juga kerana Allah memberi peluang kepada diri ini merasai sambutan hari Raya Aidil Adha di bumi Anbiya ini.
-unta yang bersiap siaga untuk disembelih-

kambing-kambing comel sebelum disembelih


Apakah maksud korban.?

Maksud korban didalam bahasa arabnya ialah Al Udhiyyah. Al Udhiyyah ialah binatang sembelihan yang berkaki empat seperti lembu(sapi), kambing, unta,biri-biri dan kambing.

Dalil Al-Qur'an berkaitan korban ialah..

Surah Saffat Ayat (102-107)

102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. Dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

Di dalam surah ini, jelaslah bahawa Nabi Ibrahim as sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail as dan anaknya Nabi Ismail as sanggup dijadikan korban demi perintah Allah SAW.

Apakah hukum melakukan korban?

Bagi mazhab Shafie hukum berkorban ialah sunnat muaakad iaitu sunat yang dituntut dan digalakkan manakala bagi mazhab Hanafi berkorban hukumnya wajib.

Umur binatang yang boleh dikorbankan.

Unta: Berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
Lembu/kerbau/kambing: berumur 2 tahun masuk ke 3 tahun
Biri-biri/kibas: Setahun atau masuk kedua tahun atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi enam bulan.

Syarat sah korban

Islam,Baligh,Merdeka, Berkemampuan,berakal.

Sedikit perkongsian ^_^. Raya di Bumi Anbiya' sangat seronok kerana kemeriahan dan suasana disini. Salam Perantauan buat keluarga di Malaysia.