Followers


Pages

Saturday, March 30, 2013

Masa nya hampir tiba

Bismillah.



Assalamualaikum. Sekian lama tidak menitip kata-kata disini, harini cuba memberi sedikit ruang untuk menulis di sini. Tidak sampai sebulan lagi masa untuk mempersiapkan diri untuk melangkah ke zon imtihan. Jadual imtihan tak keluar lagi tapi Syeikh menjangkakan 26/4 ni bermulanya ujian syafawi, manakala 4/5 ujian tahriri.

Perasaan mesti la serba ada. Risau, gementar semua ada. Allah telah menjanjikan kemenangan kepada orang yang berjuang pada jalannya. Kemenangan dari sudut kejayaan atau sebaliknya. Yakin, Allah akan bantu kita. Tapi bagaimana? Kita harus berusaha.

Ingin memetik kalam Allah yang memberikan motivasi kepada kita mafhumnya lebih kurang begini, jika kita berazam maka bertawakal lah kepada ALLAH, jangan terus bertawakal je ya. Kita kena usaha sebab tu Allah meletakkan kalimah azam tersebut yang membawa kepada jalan usaha, andai berazam tanpa usaha, rugi lah kita.

Macam berleter pula. Doakan la ya. Semua kami tahun 2 Qiraat khususnya dan tahun2 lain am nya najah dan berjaya. Gementar juga. Tapi cuba berusaha memanfaatkan masa yang ada. InsyaAllah. Risau sebab takut tidak mampu memanfaatkan waktu yang berbaki ni.

Sedikit bekalan kepada kita dalam persediaan imtihan nanti :)
                                                            -credit to mr google-


 Nasihat untuk korang2 dan diri yang nak exam ni.

1. Jangan study last minit. Takut  tidak dapat kejar bab-bab yang sukar.
2. Cuba jawab soalan-soalan supaya terbiasa dan tahu apa yang perlu dan penting untuk dinyatakan di    dalam setiap soalan. Ataupun banyakkan latih tubi.
3. Cuba buat nota untuk isi-isi penting. Ini membantu kita untuk memudahkan proses hafalan.
4. Jangan lupa bantu kawan-kawan yang lemah. Tidak rugi pun kan sama-sama berjaya.
5. Prepare alatan tulis sebelum ujian. Ini mengelakkan dari kekurangan alatan tulis sepanjang peperiksaan.
6. Akhir sekali, doakan kepada semua semoga berjaya. Moga ilmu itu ada keberkatan bersama. Jangan pandang rendah terhadap orang lain. Ingat tu. Jangan lupa mintak mak ayah kita doakan. Berkat insyaAllah.


Moga nasihat ni membantu kita. Sebagai muslim yang baik, kita kena baik dalam apa jua posisi. Doakan kami semua di bumi ardul kinanah ini ya. Salam mahabbah :) Allahumma Yassir Kama Tu'assir ^_^



Friday, March 1, 2013

Menjaga Rahsia~

Bismillah.

Assalamualaikum pembuka bicara. Lama sudah silent dalam ber'blog almaklumla kekangan masa dan juga ketiadaan internet. Alhamdulillah hari ni insyaAllah berpeluang menulis. Disini saya ingin kongsikan sesuatu, mudah mudahan dapat memberikan manfaat kepada kita.

Pernah tak dapat pesanan macam ni, "Tolong rahsiakan perkara ni" atau "Jangan cerita pada siapa siapa ya" pernah tak.  Pernah tak kawan-kawan atau sesiapa yang mempercayai kita menceritakan sesuatu supaya kita menyimpannya? Mesti pernah kan. Tapi adakah kita merupakan penyimpan rahsia yang baik?

Suka untuk saya berkongsi tips untuk menyimpan rahsia dengan baik.

1) Mengelak : Cara ini berkesan dan selamat kerana mengelak menghindar dari sebarang keraguan.

2) Berhelah : Cara ini juga mampu menangkis dari tanda tanya si penanya. Contohnya si penanya bertanya "tadi bersembang mengenai apa?. Kita boleh jawab begini "Takda apa2 cuma berkongsi-kongsi pandangan".

3) Tipu : Cara ini boleh digunakan tetapi janganlah sebagai cara utama. Andai tiada pilihan tipu merupakan cara terakhir kita. Tapi bukanlah tipu yang sebenarnya. Contohnya kawan kita bertanya kita hendak kemana, namun kita diamanahkan untuk tidak memberitahu sesiapa jadi kita dibolehkan mengatakan hendak ke kedai dengan syarat singgah la ke kedai. Hehe.

Ada lagi satu tetapi terlupa. Sebarang cadangan atau idea untuk menjaga rahsia kita boleh berkongsi bersama. Suka untuk saya berkongsi firman Allah di dalam kalamnya yang mulia mengenai amanah. Sila rujuk surah An Nisa ayat ke 58 berbunyi begini "Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat.

Setakat itu saja. Sebenarnya sifat amanah patut ada dalam hidup kita. Kalau kita asyik membocorkan rahsia. Bila-bila masa ja Allah boleh dedah rahsia dan aib kita depan semua orang. Sayangi diri hiasi peribadi.