Followers


Pages

Tuesday, January 22, 2013

Travelog 1~

Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillah. Alhamdulillah baru mula mencoret travelog selama 3 hari menjejaki sirah dan mengumpul mutiara ibrah disana.

Kami seramai 23 orang sepakat bermusafir dan bertolak pada pukul 2 pagi dengan seorang mushrif iaitu Ust Amar. Ustaz ini lah yang akan memberi segala penerangan untuk semua tempat yang bakal kami lawati dan ziarahi. Moga Allah merahmati ust kerana sudi berkongsi ilmu pada kami.

Setelah 3-4 jam perjalanan, kami singgah untuk menunaikan solat subuh. Then, kami meneruskan perjalanan hingga sampai destinasi pertama kami iaitu Kubu Israel. Kubu ini merupakan kesan tentera Israel yang pernah menyerang hendap Mesir suatu ketika dulu. (kalau x silap). Tapi akhirnya berjaya ditawan oleh tentera Mesir.


Ni la gambar pertama snap mula-mula sampai sini.Ini merupakan lokasi kubu Israel yang telah ditawan kerajaan Mesir. Kawasan nya agak luas.

   -Kubu yang telah dimusnahkan-


  -Antara peninggalan Israel-


 -Tengok bintang enam bucu tu,itulah lambang Zionos Israel.- 


 - Senjata yang telah dimusnahkan-

 - Sekitar kawasan kubu Israel. Kawasan berpagar masih mempunyai periuk kera-

-Peninggalan yang masih elok-  


p/s:  Sambil itu mari kita berdoa agar Islam sentiasa menang. Doa senjata orang mukmin. Jom tembakkan peluru doa. InsyaAllah.. Bersambung next entri :)

Setiap Perancangan Ditentukan Allah~

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lama menyepi dari menulis, straight forward mengenai entri ni, didalam merencanakan sesuatu perkara, kita perlulah teliti dan cermat bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Namun kita perlu sedar juga apa yang kita usahakan itu kadang kala tidak mendapat seperti hasil yang kita mahukan kan?

Alhamdulillah, akhirnya perancangan yang disusun rapi dimakbulkan Allah, pada minggu lepas bersamaan 15-17 hb 1 akhirnya kami dapat bermusafir mengutip mutiara sirah-sirah para anbia'. Sesungguhnya kesabaran memberi kan satu anugerah teristimewa. Kami diberi rezeki mengunjungi makam para nabi dan berpeluang melihat dengan dekat tempat Nabi Musa as bermunajat kepada Allah.

Antara tempat yang kami ziarahi..





Cantik kan pemandangan kat sini. Sebenarnya x ready lagi nak cerita kan semua. InsyaAllah akan cerita kisah mengenai ini di lain entri. Jamu mata tengok sedikit gambar ni. InsyaAllah penuh dengan cerita yang bermanfaat akan dikongsikan nanti. Doakan ye :) Peace..

Thursday, January 10, 2013

-Hati-

Bismillah.
Mengenai hati, kita sering diingatkan untuk menjaga hati,sentiasa berhati-hati.
Kadang kala, pabila hati ini tidak dipelihara menyapa pula perasaan sakit hati, tidak tenteram hati.


Hati yang bersih sentiasa dipelihara, tidak tercemar, sentiasa dijaga..
ibarat hati yang disimpan didalam kaca yang ditutup rapi,
Pelihara lah hati yang suci itu,
Kaca umpama iman yang memelihara hati,
Dengan Iman kita memupuk hati mengenal Tuhannya,
Dengan Iman kita memupuk hati ikhlas mencintainya,

Tanpa hati yang suci,
Bagaimana kita boleh mengenali Ilahi?
Jagalah hati, barang AMANAH yang dipinjamkan buat sementara untuk kita :)

SUCI SEKEPING HATI ^_^