Followers


Pages

Monday, April 26, 2010

IbU Ku IBuMu~~OhH IbUu..


SAlaM


Bermula lah langkah pertama ku cuba mencoretkan apa yg trdapat di benak minda ke dalam blog ni.. Mulanya kekok juga kerana tidak pernah biasa menulis.. ingin dimanfaatkan blog ini menjadi tempat untukku berkongsi ilmu..


Disini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman...


Pada hari Sabtu yang lepas..Saya dijemput untuk membaca Al-Quran pada suatu pembukaan majlis di Hotel Naza,sewaktu asyik khusyuk mendengar pembukaan dengan Tazkirah tentang peranan wanita, yang maklum wanita sebagai anak,isteri dan ibu didalam keluarga. Tapi kita banyak terlepas pandang pada sesuatu perkara..
Apa yang saya dapat dari tazkirah tersebut ialah...

Antara kelebihan wanita, contohnya sebagai ibu, doa mereka amatlah penting untuk keberkatan dalam hidup kita, percaya atau tidak..alkisah.. terdapat seorang hamba Allah yg berjaya dalam pelajaran,kehidupan dan keluarga. Selepas kematian ibu si fulan ini, dia berasa kehidupan semakin merosot, serba tak kenala.. kiranya macam tu laa.. bila dikaji2 balik..nahh.. rupa2 nya sepanjang kehidupan ibunya, ibu si fulan ni banyak mendoakan kepada anaknya.. tengok tu betapa Allah agungkan martabat wanita terutamanya si ibu..


Kita pula janganlah jadi seperti Al-Qamah..kisahnya sebagai seorang yang miskin dia meminta2 Rasulullah mendoakan supaya dia menjadi kaya..Pada mulanya Rasulullah sendiri enggan, namun apabila AlQamah ni asyik meminta2 kepada Rasulullah, baginda meminta doa kepada Allah. Doa rasulullah termakbul, tetapi dengan kekayaan ini membuatkan AlQamah alpa, setelah mendapat isteri yang cantik, dia tidak lagi menghiraukan ibu nya si tua miskin. Sehinggalah hari kematiannya, dia tidak mampu mengucap. Rasullullah meminta sahabat2 mencari ibunya. Nahh, rupanya ibunya berkecil hati menyebabkan AlQamah tidak mampu mengucap. Akhirnya dengan perasaan kasih ibu memaafkan AlQamah dan dia mampu mgucap. Mahukah kita mati tidak diredhai ibu kita??? NAUZUBILLAH..


Seperti mana yang saya petik...


"SESEORANG brtanya kepada Rasulullah SAW. "Siapakah orang yang paling berhak untuk aku bergauli dengan sebaik-baiknya? Rasullullah SAW menjawab "Ibumu". Orang itu bertanya lagi: Lalu siapa lagi Rasullullah menjawab: "Ibumu" Tanyanya lagi: "Siapa lagi?" Rasullullah menjawab : "Ibumu". Tanyanya lagi: "Lalu selepas itu sipa lagi? "Rasullullah menjawab : Bapamu.


(HR. Bukhari Muslim)


Daripada wasiat Rasulullah ini kita dapat petik pengajaran iaitu kemuliaan ibu. Rasullullah menekankn sebanyak 3 kali.


Ada lagi cerita yang bakal saya ceritakan nanti..InSyAALLAH...

Wednesday, April 21, 2010

Jihadku~~ MmeRluKan PeNGorBaNaN~~

Alhamdulillah..sekarang jihad saya utk imtihan sudah selesai.. Walaupun begitu, saya perlulah memasang niat yang ikhlas untuk meneruskan perjuangan ini.. Bukan setakat jihad exam saja kay..Ya Allah betapa beratnya rasanya bebanan untuk memegang dan menyebarkan kalimahmu.. Ingatkan satu persatu kalimahmu YA ALLAH.. janganlah biarkan diriku terus hanyut dan leka dengan nikmat2 dunia YA ALLAH.. berilah peringatan kepadaku sekiranya aku membelakangi Al-Quran..Tak sanggup aku menjadi sehina-hina golongan dan seburuk -buruk manusia dalam kalangan yang tidak mengenali erti syukur.. Aku bersyukur kerana hidup dalam nikmat Islam YA ALLAH... sayunya hati mengenangkan perjuangan yang belum lagi selesai..MUJAHADAH!!!

Tuesday, April 13, 2010

Amalan Yang Sia-sia~ JOM ATASI~

Firman Allah s.w.t brmaksud:

"Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya adalah seperti abu yang diterbangkan oleh angin pada hari ribut kencang . Mereka tidak memperoleh suatu faedah pun daripada apa yang telah mereka usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh daripada dasar kebenaran" (surah Ibrahim 14:18)


Pendapat saya~~

Amalan yang sia-sia inilah yang akan menghancurkan umat Islam. Tanpa sedar kita dapati bahawa umat Islam jauh kebelakang dari sudut penguasaan ilmu kerana melakukan amaln yg sia2. Contohnya terlalu melayari laman2 web yang melalaikan, malah merosakkan hati kita.

Kita haruslah memanfaatkan jalur lebar ini untuk mencari ilmu2 atau input yg membangunkan modal insan. Anggaplah jalur lebar atau lebih dikenali sebagai internet ini sebagai bait ilmu. Dalami lah ilmu2 yang banyak ini. Kalau kita masih lagi status "student" manfaatkan masa kita dengan study dan aplikasi ilmu tersebut supaya ilmu tu brguna bak kata pepatah arab:
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر .. ilmu yang ada tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya seperti pokok yang tidak ada buahnya.. jadi takkan kita nak jadi macam pokok yang tidak bermanfaat ni kan?? Al-Quran sendiri terdapat satu perkataan iaitu IQRA': bacalah.. disini kita boleh ambil pengajaran bahawa Allah mahukan umat Islam menjadi umat yang suka membaca dan menuntut So, jom kita sama2 meningkatkan amalan2 baik yakni ilmu dunia jua ilmu akhirat. Hidup perlulah berlandaskan Al-Quran dan Syara'. Waktu siang kita manfaatkan untuk menuntut ilmu malah waktu malam manfaatkan untuk pengisian rohani iaitu mendekatkan diri kepada Allah.

Bagi yang bertitle" pekerja" , "suami isteri" manfaatkan hari dengan amalan2 yang baik yakni ikhlas dalam melakukan pekrjaan, jujur ,amanah...manfaatkan masa yg ada..Jangn gunakan alasan sibuk sebagai batu penghalang untuk beramal..Paling tak best didengar bila mereka menggunakan alasan..hmm..bila tua nanti barulah g masjid, barulah solat..sebab alasan waktu tu umur dah nak mati.. Kalau selalu duk fikir macam tu....RUGI LAA... kematian menjemput hanya Allah yang tahu tidak kira usia tua dan muda. So, jom kita beramal mulai sekarang ..

Bagaimana Meraih Cinta Ilahi


- perbanyakkan solat sunat berjemaah

- bersama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan dalam ilmu agama, misalanya ilmu aqidah,ilmu fikah, hadis, tasawauf dan lain2.

-rajin mengikuti ilmu agama seperti ceramah di masjid, majlis ilmu di tv atau radio..

- prbanyakkan solat berjemaah
selain itu kita haruslah membersihkan niat kita.. Niat yang ikhlas tanpa dicemari perasaan yang lain adalah lebih utama.. Ayuh sama2 kita bermuhasabah.. Mari kita berpesan2 kepada kebenaran..InSyAALLAH..Moga Allah akan memberkati usaha kita k..:)