Followers


Pages

Tuesday, April 13, 2010

Amalan Yang Sia-sia~ JOM ATASI~

Firman Allah s.w.t brmaksud:

"Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya adalah seperti abu yang diterbangkan oleh angin pada hari ribut kencang . Mereka tidak memperoleh suatu faedah pun daripada apa yang telah mereka usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh daripada dasar kebenaran" (surah Ibrahim 14:18)


Pendapat saya~~

Amalan yang sia-sia inilah yang akan menghancurkan umat Islam. Tanpa sedar kita dapati bahawa umat Islam jauh kebelakang dari sudut penguasaan ilmu kerana melakukan amaln yg sia2. Contohnya terlalu melayari laman2 web yang melalaikan, malah merosakkan hati kita.

Kita haruslah memanfaatkan jalur lebar ini untuk mencari ilmu2 atau input yg membangunkan modal insan. Anggaplah jalur lebar atau lebih dikenali sebagai internet ini sebagai bait ilmu. Dalami lah ilmu2 yang banyak ini. Kalau kita masih lagi status "student" manfaatkan masa kita dengan study dan aplikasi ilmu tersebut supaya ilmu tu brguna bak kata pepatah arab:
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر .. ilmu yang ada tetapi tidak dimanfaatkan sebaiknya seperti pokok yang tidak ada buahnya.. jadi takkan kita nak jadi macam pokok yang tidak bermanfaat ni kan?? Al-Quran sendiri terdapat satu perkataan iaitu IQRA': bacalah.. disini kita boleh ambil pengajaran bahawa Allah mahukan umat Islam menjadi umat yang suka membaca dan menuntut So, jom kita sama2 meningkatkan amalan2 baik yakni ilmu dunia jua ilmu akhirat. Hidup perlulah berlandaskan Al-Quran dan Syara'. Waktu siang kita manfaatkan untuk menuntut ilmu malah waktu malam manfaatkan untuk pengisian rohani iaitu mendekatkan diri kepada Allah.

Bagi yang bertitle" pekerja" , "suami isteri" manfaatkan hari dengan amalan2 yang baik yakni ikhlas dalam melakukan pekrjaan, jujur ,amanah...manfaatkan masa yg ada..Jangn gunakan alasan sibuk sebagai batu penghalang untuk beramal..Paling tak best didengar bila mereka menggunakan alasan..hmm..bila tua nanti barulah g masjid, barulah solat..sebab alasan waktu tu umur dah nak mati.. Kalau selalu duk fikir macam tu....RUGI LAA... kematian menjemput hanya Allah yang tahu tidak kira usia tua dan muda. So, jom kita beramal mulai sekarang ..

No comments:

Post a Comment