Followers


Pages

Wednesday, December 19, 2012

Jaulah Mengutip ibrah

Assalamualaikum

Bismillah. Lama jugak la tidak menghidupkan blog ni. Biasalah pelajar macam ni la. Nak diceritakan, sebenarnya berpeluang menjejaki bumi anbiya' ni merupakan satu peluang untuk kita mengutip ibrah, menjadikan satu suntikan semangat untuk kita menjadi lebih baik. Di sini pada tahun pertama berpeluang menziarahi makam-makam antaranya makam anak sahabat besar Rasulullah SAW, makam imam2 sekitar Mansurah.



Kami tiba di Majma' Sya'rawi dimana menempatkan maktabah dan sekolah untuk kanak-kanak hafaz Al-Quran (kalau xsilap) mengikut penerangan mushrif.

Selepas itu, kami berpeluang utk melihat makam Imam Sya'rawi...





Kalau nak tahu kepada sesiapa yang tidak mengenali ulama ini secara ringkasnya beliau bertugas sebagai tenaga pengajar di Ma'ahad Dini Tanta, Ma'ahad Iskandariah dan Ma'ahad Zaqaziq, seterusnya dipanggil oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengajar di sana pada tahun 1950. Beliau berhijrah ke Universiti al-Malik Abdul Aziz al-Mukarramah sebagai pensyarah di Kuliah Syariah selama 10 tahun. Kemudian, dilantik sebagai Timbalan Mudir di Ma'ahad Tanta pada 1960 dan dinaikkan pangkat sehingga akhirnya menjadi Menteri Waqaf dan Kementerian Hal Ehwal Azhar pada tahun 1976. Beliau juga merupakan anggota Majma' Bu'uth al-Islamiyyah, anggota Majlis Syura dan juga Majma' Lughah 'Arabiyyah.
Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. 
Gambar diatas ini pula merupakan Masjid dimana makam anak kepada Saidina Abu Bakar AsSiddiq iaitu Abdullah bin Abu Bakar AsSiddiq.



 Rasa semangat bila berpeluang mendekati dan melihat sendiri sambil mengutip ibrah-ibrah kisah para auliya terdahulu. Kadang2 jaulah sebegini menginsafkan diri malah mengingatkan kita tentang kehidupan mati yang pasti.


p/s: InsyaAllah jaulah makam akan brsmbung lagi.  ^_^.