Followers


Pages

Monday, November 25, 2013

Gembira

Bismillah.

Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.

Alhamdulillah, hari ini Allah menghadiahkan"sesuatu"buat hambanya yang hina ini. Kegembiraan ini tidak disangka-sangka namun selaku hamba perlulah mengucapkan dan menzahirkan kesyukuran kepada pemberi hadiah yakni Allah.

Tak disangka, doa pada satu malam Allah dimakbulkan Allah pada hari yag sama, betapa hebat nya Allah, mengatur  alam dan merencana setiap inci perkara. Benarlah kalam nya “ Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti”
Tentang hajatnya apa, moga menjadi rahsia peribadi antara Allah.Alhamdulillah. :)

Mari kita renungi sejenak ayat ini pada surah As Syuraa ayat 19 berbunyi:
“Allah  Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang ditetapkan), dan dialah Maha Kuat, Lagi Maha Kuasa.

Buat semua,ingatlah kegembiraan didunia hanya bersifat sementara kerana itu hanya satu penguat buat kita agar sentiasa istiqamah dalam beribadah, bukanlah bersifat kekal kerana itu boleh menjadikan kita terus lupa kerana kebahagiaan yang hakiki hanyalah dijanjikan di syurga kelak.

Termuhasabah melihat golongan yang bersungguh-sungguh menjaga hak Allah, moga golongan seperti mereka ini dapat dicontohi. Sesungguhnya Allah menjanjikan kebahagiaan buat mereka. Tumpang gembira dan didoakan mereka sentiasa istiqamah.

Isilah hari-hari ini dengan keceriaan dan bergembira bertemu dengan Allah. Selamat bergembira buat golongan beriman!

Tuesday, November 19, 2013

JOm Fikir.



Bismillah.Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
 
Hari ini ingin mengajak kepada semua termasuk diri ini untuk berfikir.
Fikir. Secara jujurnya, apa yang paling utama kita fikir? Berjaya di dunia? Jadi orang terkenal? Kehidupan kaya raya tanpa masalah? Atau apa-apa sekalipun.

Dan selalunya kalau kita ditanya tentang hajat atau cita-cita, secara umumnya kita akan menjawab kita mengharapkan keredhaan Allah dan berjaya dunia akhirat, namun.. adakah benar omongan kita itu, ataupun hanya nista semata?

Sedarkah kita bahawa kita ini terlalu tamak? Sebanyak manakah kita memikirkan masalah agama? Sebanyak manakah kita berfikir untuk memenangi hati Allah,? Dan sebanyak mannaka kita berfikir tentang hari akhirat.? Amatlah rugi hanya kerana kita berangan-angan  tentang perkara sia-sia. Seharusnya perkara itu yang menjadi utama, terkagum dengan sahabat dan sahabiah yang fikirkan yang terbaik untuk menggerakkan dakwah dan Islam, kalam mereka berkisar tentang perjuangan, sangat kurang kita melihat rungutan mereka tentang masalah diri mereka. 

Em. :’(
Tak perlu kita jawab, xperlu kita jaharkan, tak perlu kita sebarkan kepada orang apa yang kita fikir sekarang. Hakikatnya, walaupun kita solat tunggang terbalik, hati kita masih lalai, hati kita masih terlalu cinta dunia, hati kita mengaku cinta agama tapi apakah sumbangan kita? Banyak sangatkah sumbangan kita, dann.. adakah  dengan usaha kecil itu kita merungut.? Pernah tak kita fikir apa sumbangan kita yang perlu kita lakukan untuk menegakkan daulah Islam??

Ya! Pastinya,banyak sekali rungutan, banyak sangat keluhan, adakah kita tidak fikir kita telah menzalimi sahabat-sahabat kita,kerana kita tidak membantu mereka. Kasihan mereka, kita biarkan mereka bekerja untuk Islam, dan kita hanya mampu melihat. Itukah tanda kita cinta pada agama. Atau kita sekarang hanya fikir cinta dunia semata?

Renungkan kalam ALLAH didalam surah Al-Ankabut  ayat 64 berbunyi:
“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan . Dan sesungguhnya  negeri akhirat itulah kehidupan sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui”.

Boleh juga hayati makna kalam Allah surah Al-An’am ayat ke 70 di dalam Al-Quran.  Kita harus lah sedar,Allah memberi peringatan kepada kita, bagi jalan kepada kita supaya memilih apa yang terbaik untuk hidup kita. Allah juga menunjukkan bukti-bukti kekuasaannya dan keesaannya supaya kita berfikir apakah  tujuan utama kita hidup.  Dan paling utama mengimani ALLAH secara total.

Kita hayati bukti kebesaran ALLAH pada surah Al-Baqarah ayat 164.
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar dilaut  dengan muatan yang bermanfaat bagi manusia,apa yang diturunkan kepada ALLAH dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-NYA  bumi setelah mati (kering), dan dia tebarkan didalamnya bermacam-macam binatang, perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi (semua itu) sungguh,merupakan tanda kebesaran bagi orang-orang yang mengerti.

Rugilah kiranya andai kita hanya membaca namun tidak mengambil ayat-ayat Al-Quran sebagai ibrah. Ini merupakan surat cinta kepada golongan mukmin supaya mengimani dan berfikir.
Sangat sedih sekiranya kita masih berfikir tentang dunia hingga perkara yang hak kita abaikan. Sebab itulah setiap perbuatan kita kita kena berfikir dan kaitkan dengan agama. Misalannya, kita mengemas dan menggosok minyak degil di dinding dapur,  begitulah juga diumpamakan dengan hati kita, kita kena sentiasa berusaha membersihkan dinding yang kotor  itu dengan sabun yang terbaik agar cantik berkilat sentiasa. ALLAH menilai mujahadah kita itu. Elakkan merungut.

Kita kena check semula dan berfikir juga bagaimana kualiti ibadah kita, andai menurun, cuba muhasabah kembali andai tercampur dengan unsur-unsur maksiat. Nauzubillah min zalik. Percayalah setiap perbuatan baik kita Allah akan ganjari dengan perkara yang kita hajati, malah terkadang lebih baik dari apa yang kita sangka. Fikirlah tanggungjawab utama kita di dunia sementara ini. Janganlah jadi golongan yang kalah di akhirat nanti.

-ni ja yg ada dlm laptop-
 
P/s:  Rasanya post ini sangat garang sebab marah kat diri sendiri. Kawan-kawan, dan yang mengenali , maafkan diri andai menzalimi diri sendiri juga orang lain dan tidak tertunaikan hak yang sepatutnya sebagai saudara se-Islam. Mohon doakan kita semua menjadi terbaik di hadapan ALLAH. Sama-sama kita. InsyaALLAH.

Saturday, November 9, 2013

Jalan keluar

Bismillah.


Lamanya tak dapat update blog, kerana masalah komputer. Alhamdulillah, akhirrnyaa.., dapat lah kiranya berblog semula. Hakikatnya,apa yang terjadi, semuanya dalam perancangan Allah, perancangan Allah itu pasti, namun itu bukanlah satu alasan buat diri, supaya kita sentiasa berdiri di atas apa-apa situasi. Apa-apa pun di mana sekalipun kita berada, Allah akan  memberikan kita sesuatu yakni "hadiah" yang mengajar kita erti tarbiah. Itu ialah ialah tarbiah kehidupan. Antara kita sedar atau tidak.



Bukan mudah bagi kita selaku manusia untuk berhadapan dengan situasi yang tidak disangka-sangka. Kadang kala hari-hari kita ditemani dengan air mata, lantaran kerana mihnah yang menimpa. Teringat tatkala diri teruji terlintas kalam Allah di fikiran yang merupakan peringatan Allah buat hambanya.

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan bagiNya." (Surah At-Talaq:2)

Allah berfirman lagi.

"Dan DIA memberinya dari rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-NYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Surah At-Talaq:3)

Ayat diatas secara jelas Allah memberikan kita suatu janji cuma jalannya adalah dengan nilaian 'TAKWA" kita kepada Allah. Cuma bagaimana kita mentakrifkan takwa itu dalam amalan dan cara kita menghadapi setiap ujian itu.

 Allah berfirman lagi didalam surah Al-Insyirah ayat keenam.

"Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan"

Maka, selaku hamba kepada pencipta seharusnya kita bergantung harap kepada pencipta kita yakni ALLAH. Setiap ujian yang terjadi  bertindak selari dengan cara yang diredhai dan meletakkan Allah akan dipermudahkan urusan kita. Dan percaya atau tidak kita dah terkeluar dar masalah itu. Antara cepat atau lambat. Insya Allah. Peringatan khusus buat diri sebenarnya. Semoga kita semua sentiasa tsabat. Ameen.