Followers


Pages

Tuesday, November 19, 2013

JOm Fikir.



Bismillah.Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
 
Hari ini ingin mengajak kepada semua termasuk diri ini untuk berfikir.
Fikir. Secara jujurnya, apa yang paling utama kita fikir? Berjaya di dunia? Jadi orang terkenal? Kehidupan kaya raya tanpa masalah? Atau apa-apa sekalipun.

Dan selalunya kalau kita ditanya tentang hajat atau cita-cita, secara umumnya kita akan menjawab kita mengharapkan keredhaan Allah dan berjaya dunia akhirat, namun.. adakah benar omongan kita itu, ataupun hanya nista semata?

Sedarkah kita bahawa kita ini terlalu tamak? Sebanyak manakah kita memikirkan masalah agama? Sebanyak manakah kita berfikir untuk memenangi hati Allah,? Dan sebanyak mannaka kita berfikir tentang hari akhirat.? Amatlah rugi hanya kerana kita berangan-angan  tentang perkara sia-sia. Seharusnya perkara itu yang menjadi utama, terkagum dengan sahabat dan sahabiah yang fikirkan yang terbaik untuk menggerakkan dakwah dan Islam, kalam mereka berkisar tentang perjuangan, sangat kurang kita melihat rungutan mereka tentang masalah diri mereka. 

Em. :’(
Tak perlu kita jawab, xperlu kita jaharkan, tak perlu kita sebarkan kepada orang apa yang kita fikir sekarang. Hakikatnya, walaupun kita solat tunggang terbalik, hati kita masih lalai, hati kita masih terlalu cinta dunia, hati kita mengaku cinta agama tapi apakah sumbangan kita? Banyak sangatkah sumbangan kita, dann.. adakah  dengan usaha kecil itu kita merungut.? Pernah tak kita fikir apa sumbangan kita yang perlu kita lakukan untuk menegakkan daulah Islam??

Ya! Pastinya,banyak sekali rungutan, banyak sangat keluhan, adakah kita tidak fikir kita telah menzalimi sahabat-sahabat kita,kerana kita tidak membantu mereka. Kasihan mereka, kita biarkan mereka bekerja untuk Islam, dan kita hanya mampu melihat. Itukah tanda kita cinta pada agama. Atau kita sekarang hanya fikir cinta dunia semata?

Renungkan kalam ALLAH didalam surah Al-Ankabut  ayat 64 berbunyi:
“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan . Dan sesungguhnya  negeri akhirat itulah kehidupan sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui”.

Boleh juga hayati makna kalam Allah surah Al-An’am ayat ke 70 di dalam Al-Quran.  Kita harus lah sedar,Allah memberi peringatan kepada kita, bagi jalan kepada kita supaya memilih apa yang terbaik untuk hidup kita. Allah juga menunjukkan bukti-bukti kekuasaannya dan keesaannya supaya kita berfikir apakah  tujuan utama kita hidup.  Dan paling utama mengimani ALLAH secara total.

Kita hayati bukti kebesaran ALLAH pada surah Al-Baqarah ayat 164.
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar dilaut  dengan muatan yang bermanfaat bagi manusia,apa yang diturunkan kepada ALLAH dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-NYA  bumi setelah mati (kering), dan dia tebarkan didalamnya bermacam-macam binatang, perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi (semua itu) sungguh,merupakan tanda kebesaran bagi orang-orang yang mengerti.

Rugilah kiranya andai kita hanya membaca namun tidak mengambil ayat-ayat Al-Quran sebagai ibrah. Ini merupakan surat cinta kepada golongan mukmin supaya mengimani dan berfikir.
Sangat sedih sekiranya kita masih berfikir tentang dunia hingga perkara yang hak kita abaikan. Sebab itulah setiap perbuatan kita kita kena berfikir dan kaitkan dengan agama. Misalannya, kita mengemas dan menggosok minyak degil di dinding dapur,  begitulah juga diumpamakan dengan hati kita, kita kena sentiasa berusaha membersihkan dinding yang kotor  itu dengan sabun yang terbaik agar cantik berkilat sentiasa. ALLAH menilai mujahadah kita itu. Elakkan merungut.

Kita kena check semula dan berfikir juga bagaimana kualiti ibadah kita, andai menurun, cuba muhasabah kembali andai tercampur dengan unsur-unsur maksiat. Nauzubillah min zalik. Percayalah setiap perbuatan baik kita Allah akan ganjari dengan perkara yang kita hajati, malah terkadang lebih baik dari apa yang kita sangka. Fikirlah tanggungjawab utama kita di dunia sementara ini. Janganlah jadi golongan yang kalah di akhirat nanti.

-ni ja yg ada dlm laptop-
 
P/s:  Rasanya post ini sangat garang sebab marah kat diri sendiri. Kawan-kawan, dan yang mengenali , maafkan diri andai menzalimi diri sendiri juga orang lain dan tidak tertunaikan hak yang sepatutnya sebagai saudara se-Islam. Mohon doakan kita semua menjadi terbaik di hadapan ALLAH. Sama-sama kita. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment