Followers


Pages

Sunday, June 24, 2012

Bacalah, Dengan Nama Tuhanmu yang Menciptakan !


Assalamualaikum.

Siapa kata tanggungjawab memikul AL Quran itu bergantung  hanya kepada HAFIZ dan HAFIZAH  sahaja.

                                                                      ***********

Kalau kalian berfikir sedemikian kalian sama sekali silap. Kita sebagai umat Islam memikul tanggungjawab yang sama.  Sama ada bidang perubatan ke, engineering ke, English ke, apa-apa bidang sekalipun perlu memelihara Al Quran.

Manusia berfikiran kolot  mengatakan “ mereka (penghafaz al-quran) perlu memelihara Al-Quran. Ini bukan tugas kami’.
Pemikaran ini adalah salah sama sekali. Kalam Mukjiz yang diturunkan adalah satu wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad.



Al-Quran bukanlah hiasan!

Al-Quran sering dijadikan hiasan dan hantaran dalam majlis perkahwinan.  Situasi seperti ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Al-Quran hanya sebagai simbolik. Lepas habis majlis. Al-Quran disimpan kemas di rak buku.


Al-Quran bukan sahaja perlu dibaca, perlu difahami maksudnya.

Seperi mana terdapat didalam surah Assaf ada mengatakan yang berbunyi: 



* Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!:2
* Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.:3



Kalau kita meneliti sirah perjuangan para sahabat bermulanya pada zaman Saidina Abu Bakar hinggalah Saidina Uthman yang membukukan Al-Quran setelah kematian para huffaz Al-Quran pada Peperangan Yamamah, kerana takutkan Al-Quran itu hilang, para sahabat mengambil jalan mengumpulkan Al-Quran dan menulis semula Al-Quran seperti mana yang kita sedang lihat sekarang.
Sepatutnya,kita perlu rasa bersyukur kerana berpeluang membaca kalam-kalam Allah kepada kita. Mengambil segala mutiara-mutiara yang bernilai di dalamnya.

Fenomena kita sekarang.

Bila dilihat sekarang, Al-Quran hanya dijadikan mainan. Kita hanya akan baca Al-Quran apabila...

 1.“jarang2 baca Al-Quran bila dekat nak periksa,exam baru kalut-kalut nak baca Yassin”
2.“ baca Al-Quran  bila sedih dan ada masalah je, bila happy,gembira dah tak ingat dah nak baca”
3.“ bila teringin nak baca, baca..bila tak teringin nak baca takmau baca”
4.“baca Al-Quran pada bulan Ramadhan saja, bulan-bulan lain kurang baca”

Tapi, Kita Perlu..

1. Sebelum study baca sekurang-kurangnya sepotong dua ayat Al-Quran. Lepastu baru stdy.
2. Bila gembira selalu baca, bila sedih banyak-banyak baca.
3.  Rasa pelik bila tak baca Al-Quran. Rindukan Al-Quran.
4. Al-Quran dijadikan sebagai amalan.

Fenomena Masyarakat Mesir.

Naik tremco(kat Malaysia macam van) baca Al-Quran, ada suatu kisah seorang pemandu tremco ni membuka radio telah diregur penumpang lain sewaktu terdapat penumpang dibelakang membaca Al-Quran. Hebat kan? dalam tremco pun mereka membaca Al-Quran. 

Di kedai-kedai acapkali kedengaran alunan ayat-ayat suci Al-Quran yang sentiasa dipasang di kedai-kedai mereka. Tak kisahlah di kedai buat cermin ke, kedai barang-barang ke,kedai baju ke Al-Quran sahaja yang sering di pasang.

Pernah ke kedai barang, tengok ammu(Pakcik) kedai tengah membaca Al-Quran sambil jaga Al-Quran. Allahu Allah. =.= , kagum dan ingin menjadi seperti kalangan mereka yang mencintai Al-Quran.


Sekian. 


p/s: Maaf dipinta andai entri ini mengguris kata, hati, tersinggung, ingatan, tersilap bicara ini ditujukan khususnya kepada diri yang dhoif ini serta rakan-rakan yang terbaca peringatan ini. Sama-samalah kita mentajdidkan niat kita, mengikhlaskan niat kita, dan melatih diri kita menjadi hamba yang menjiwai Al-Quran. Ayuh!! Wallahu'alam.


Friday, June 15, 2012

Natijah Imtihan Sudah keluar !!!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, penantian akhirnya terjwab juga..Natijah sudah kuar dan alhamdulillah najah semuanya. Masih ada rezeki lagi untuk menyambung sebagai mahasiswa tahun 2 di sana.

Tetapi, bila terfikirkan dari sudut praktikal adakah sudah najah? Mampukah aku?
 Wallahualam. Mudah2an boleh diperbaiki lagi dari masa ke semasa.

Peringatan, moga kita semua istiqamah dalam perjuangan. Jaga hafalan, istiqamah iadah walaupn balik Malaysia. Kepada along (Nik Nur Zulaikha) tunggu t saya nak belajar jaga baby anda..hehe..


* bersama sahabat2 didalam program Kolokium Ilmuan Q

= gambar ni sengaja dikelabukan :p jadi dekstop my dear laptop..:)

Tahniah kepada sahabat2 seperjuangan yang semuanya najah sofi. Diharapkan tahun-tahun berikutnya kita sama-sama beroleh kejayaan. Kita datang sama-sama balik sama-sama. Moga MUMTAZ dalam genggaman.

Mood: Rindu sahabat2. Rndu nak pegi kelas sama2. :) Rndu nak pergi usrah setiap hari Jumaat.. rndu biah2 solehah di Mesir..:(



Monday, June 11, 2012

Mari berMuhasabah

Assalamualaikum~

Sedang2 ligat otak berfikir untuk post entri baru kali ini. Tringat sesuatu yang ingin ditujukan khas buat diri yang lemah ini.

Sekadar perkongsian..

Kita mampu mengadu pada kawan-kawan tentang masalah kita, mengadu di laman facebook, mengadu pada keluarga kita, pada sesiapa pun.

Tapi sedarkah kita, dalam setiap ujian dan masalah yang Allah turunkan pada kita, kepada siapakah yang perlu kita mengadu??

Kenapa kita sering mengabaikan Maha Pencipta kepada kita ketika saat2 kita memerlukannya. MENGAPA??

MENGAPA kita sering melupakan NYA, sedangkan Allah tidak pernah melupakan kita,  adilkah kita berbuat begini???

Muhasabah kembali, didalam seminggu berapa kali kita ingat Allah, berapa kali kita bangun solat malam kepada Allah..berapa kali kita lantunkan kalam2 mukjizat Allah yang diberikan kita. Berapa kali??
Andai kita gembira adakah pernah ingat Allah?? Adalah matlamat utama hidup kerana Allah?

Marilah kita sama2 berubah dari kegelapan kepada CAHAYA.