Assalamualaikum.
Siapa kata tanggungjawab memikul AL Quran itu
bergantung hanya kepada HAFIZ dan
HAFIZAH sahaja.
***********
Kalau kalian berfikir sedemikian kalian sama sekali silap.
Kita sebagai umat Islam memikul tanggungjawab yang sama. Sama ada bidang perubatan ke, engineering
ke, English ke, apa-apa bidang sekalipun perlu memelihara Al Quran.
Manusia berfikiran kolot mengatakan “ mereka (penghafaz al-quran) perlu memelihara Al-Quran. Ini bukan tugas kami’.
Pemikaran ini adalah salah sama sekali. Kalam Mukjiz yang diturunkan adalah satu wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad.
Al-Quran bukanlah hiasan!

Seperi mana terdapat didalam surah Assaf ada mengatakan yang berbunyi:
* Wahai orang-orang Yang
beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!:2
* Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu
tidak melakukannya.:3
Kalau kita meneliti sirah perjuangan para sahabat bermulanya pada zaman Saidina Abu Bakar hinggalah Saidina Uthman yang
membukukan Al-Quran setelah kematian para huffaz Al-Quran pada Peperangan Yamamah,
kerana takutkan Al-Quran itu hilang, para sahabat mengambil jalan mengumpulkan Al-Quran dan
menulis semula Al-Quran seperti mana yang kita sedang lihat sekarang.
Sepatutnya,kita perlu rasa bersyukur kerana berpeluang
membaca kalam-kalam Allah kepada kita. Mengambil segala mutiara-mutiara yang
bernilai di dalamnya.
Fenomena kita sekarang.
Bila dilihat sekarang, Al-Quran hanya dijadikan mainan. Kita
hanya akan baca Al-Quran apabila...
1.“jarang2 baca
Al-Quran bila dekat nak periksa,exam baru kalut-kalut nak baca Yassin”
2.“ baca Al-Quran
bila sedih dan ada masalah je, bila happy,gembira dah tak ingat dah nak
baca”
3.“ bila teringin nak baca, baca..bila tak teringin nak baca
takmau baca”
4.“baca Al-Quran pada bulan Ramadhan saja, bulan-bulan lain
kurang baca”
Tapi, Kita Perlu..
1. Sebelum study baca sekurang-kurangnya sepotong dua ayat
Al-Quran. Lepastu baru stdy.
2. Bila gembira selalu baca, bila sedih banyak-banyak baca.
3. Rasa pelik bila
tak baca Al-Quran. Rindukan Al-Quran.
4. Al-Quran dijadikan sebagai amalan.
Fenomena Masyarakat Mesir.
Naik tremco(kat Malaysia macam van) baca Al-Quran, ada suatu kisah seorang pemandu
tremco ni membuka radio telah diregur penumpang lain sewaktu terdapat penumpang dibelakang
membaca Al-Quran. Hebat kan? dalam tremco pun mereka membaca Al-Quran.
Di kedai-kedai acapkali kedengaran alunan ayat-ayat suci
Al-Quran yang sentiasa dipasang di kedai-kedai mereka. Tak kisahlah di kedai
buat cermin ke, kedai barang-barang ke,kedai baju ke Al-Quran sahaja yang
sering di pasang.
Pernah ke kedai barang, tengok ammu(Pakcik) kedai tengah
membaca Al-Quran sambil jaga Al-Quran. Allahu Allah. =.= , kagum dan ingin menjadi seperti kalangan mereka yang mencintai Al-Quran.
Sekian.
No comments:
Post a Comment