Followers


Pages

Monday, June 11, 2012

Mari berMuhasabah

Assalamualaikum~

Sedang2 ligat otak berfikir untuk post entri baru kali ini. Tringat sesuatu yang ingin ditujukan khas buat diri yang lemah ini.

Sekadar perkongsian..

Kita mampu mengadu pada kawan-kawan tentang masalah kita, mengadu di laman facebook, mengadu pada keluarga kita, pada sesiapa pun.

Tapi sedarkah kita, dalam setiap ujian dan masalah yang Allah turunkan pada kita, kepada siapakah yang perlu kita mengadu??

Kenapa kita sering mengabaikan Maha Pencipta kepada kita ketika saat2 kita memerlukannya. MENGAPA??

MENGAPA kita sering melupakan NYA, sedangkan Allah tidak pernah melupakan kita,  adilkah kita berbuat begini???

Muhasabah kembali, didalam seminggu berapa kali kita ingat Allah, berapa kali kita bangun solat malam kepada Allah..berapa kali kita lantunkan kalam2 mukjizat Allah yang diberikan kita. Berapa kali??
Andai kita gembira adakah pernah ingat Allah?? Adalah matlamat utama hidup kerana Allah?

Marilah kita sama2 berubah dari kegelapan kepada CAHAYA.


No comments:

Post a Comment