Followers

Pages

Friday, May 25, 2012

Alhamdulillah~

Assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah..Satu ungkapan memanjat kesyukuran kpd Allah kerana telah berakhirnya fasa imtihan pada 21 hb 5 yang lalu. Kini menghitung hari untuk bertolak pulang ke Msia. Moga2 dipermudahkan urusan pulang ke Msia nanti InsyaAllah.

Alhamdulillah, kita perlu bersyukur kerana masih didalam nikmat iman dan islam.

Alhamdulillah, masih lagi menghirup udara di Mesir ini. Menuntut ilmu di bumi para anbiya' ini sebenarnya memberikan satu sinar baru yang mungkin tidak dapat diperolehi di Msia. Mempelajari secara praktikal berkomunikasi bahasa asing merupakan nikmat yang terbesar. Bukan itu sahaja, mempelajari budaya2 masyarakat Mesir di sini juga satu "ilmu" tambahan untuk menjadikan nya sebagai pengalaman.


Hehe..

Panjang pulak intro..Sebenarnya nak share sesuatu di sini mudah2an memberikan manfaat kepada kita.

ALHAMDULILLAH (tajuk yang akan dikupas pada hari ini).


  • Takrif: Alhamdulillah ialah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud  "Segala puji bagi Tuhan!" ayat seruan dalam Qur'an.

Berapakah surah yang Allah gariskan didalam kalimah Alhamdulillah didalam Al Quran??

Antaranya yang akan kita baca didalam solat ialah surah Al Fatihah (ummul Quran), surah Al An'am:1,surah Al An'am ayat 43 dan lain2. Boleh lah rujuk link di bawah



Penggunaan kalimah Alhamdulillah di dalam Quran

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :

Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan. Surah al-’Aaraf:43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan ” ALHAMDULILLAH ” sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a. s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .

Kita renungi lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :

Ertinya :"Segala puja-puji hanyalah untuk Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) ” .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita yang mana tanpanya pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu, penggunaan kalimah Alhamdulillah digunakan sewaktu kita bersin,boleh juga digunakan sewaktu kita memperolehi kejayaan didalam sesuatu.

Sekian..

Mudah2an. Perkongsian yang serba kekurangan ni, mampu memberi sedikit ilmu kepada orang lain. :)





No comments:

Post a Comment