Followers


Pages

Sunday, April 1, 2012

Pecutan LAgi 20 Hari Lagi~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Alhamdulillah, akhirnya genap 6 bulan saya di bumi anbiya' ini. Hadaf utama di sini adalah untuk menuntut ilmu kerana Allah insyaALLAH.

Pada waktu ini, sekarang, kini, bahang2 imtihan makin terasa. Masing2 berusaha untuk mengulangkaji matapelajaran yang bakal menjengah xlama lagi. Mengikut perkiraan lagi 20 hari lagi. Hujung bulan 4 ini imtihan madah Al Quran 30 juzuk dan madah Qiraat Syafawi. Matan Qiraat masih berbaki yang xdihafal lagi. Quran pn perlu dperkemaskan lagi. Allahu Allah.. Takuttt  :(

Apa-apapn..buat semua rakan2 takhasus Qiraat tahun 1 semoga semua nya najah2 ya. Anggaplah exam ni satu wasilah ujian untuk kita. Usaha + Doa + Tawakal perlu dipraktikkan bukan sahaja dalam menempuh imtihan malah yang lain2 juga perlu ada ketiga2 elemen tersebut.

Teringat pesanan mak liqa usrah saya..Ayong syuhada berpesan kepada kami supaya ihtimam dalam menjaga hubungan baik dengan Allah dan kawan2 terutama nya ahli bait. Ayong berpesan lagi, didalam fatrah imtihan seringkali berlaku masalah hati. Seperti mana terdapat nya hadis yang berkaitan tentang hati. Sekiranya rosak hati maka rosaklah seluruhnya. Maka kita perlu mengelakkan diri dari perkara2 syubhah.

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Kepada semua rakan2 doakanku moga dipermudahkan urusan imtihan dan mampu memanfaatkan semaksimum mungkin masa yang berbaki ini.

Akhir kalam.. Bittaufiq Wa Najjah untuk semua khususan lil takhasus Qiraat tahun 1 dan semua yang bakal2 mengalami fatrah imtihan. Perlu perbetulkan niat. Mudah2an ilmu terus melekat dan boleh dipraktik juga.. ^___^

:: Mood : Mengulang sekarang!!

No comments:

Post a Comment