Followers


Pages

Thursday, March 22, 2012

Hari Jumaat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad Sallahualaihiwassalam..

Bersyukur pada kita kepada Allah kerana diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ini.

Sesungguhnya Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam ataupun dikenali sebagai penghulu hari.


Terdapat kelebihan atau fadilat pada hari Jumaat antaranya ialah

1 :: Merupakan Hari yang telah disebut didalam Al Quran iaitu Surah Al Jumuah.

2 :: Merupakan hari yang mustajab berdoa

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «إن في الجمعة لساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه».[البخاري 935، ومسلم 852]



3 ::  Penghulu segala hari.

Dan banyak lagi beserta dalil2 yang berkaitan. Sila rujuk disini..


p/s : Malam Jumaat juga digalakkan membaca Surah Kahfi kerana dapat mengelak dari fitnah Dajjal Laknatullah.

........

Dan paling best. Hari Jumaat adalah hari cuti saya di Mesir. Kelas pengajian disini selain dari Hari Jumaat. Alhamdulillah disini dapat merasai betapa indahnya hari Jumaat ini.

Menjadi kebiasaan dan kelaziman disini, setelah bersusah dan berpenat lelah belajar di kuliah, pada hari Jumaat inilah dapat bertemu dengan adik beradik usrah. Berkongsi ilmu yang tidak mungkin diperolehi didalam kuliah dan mencakna isu-isu dunia terutamanya tentang ummah. 

Sangat seronok, dan InsyaAllah ukhwah yang terbina atas landasan takwa dan keimanan. Sayang kalian adik beradik usrahku. Jumpa esok di hari Jumaat. Rindu kalian.. ^___^



No comments:

Post a Comment