Followers


Pages

Wednesday, March 14, 2012

Ucapan Salam

Assalamualaikum wbt
Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad. Jangan lupa selawat ya..:)


:Pukul 10 stgh pagi:

Selepas kelas seperti biasa beberapa pelajar perempuan baru selesai kelas Qiraat Jama yang bertempat di Dewan Persada Al Jazira Alward keluar ingin membeli makanan di sebuah kedai runcit Ammu Izat.

Tanpa rasa apa-apa. Mereka masuk dan terus memilih barangan yang hendak dibeli.

Tiba-tiba terdengar suara menyapa. Alaikumussalam..Suara orang menjawab salam. Pelajar-pelajar perempuan tadi tercengang kerana ammu terbabit menjawab salam. Sedangkan mereka tidak menjawab salam sekalipun. Tersipu-sipu pelajar terbabit. Ammu tersebut tersenyum.

Praapp. Terasa... :) *Kisah benar ni..

:: Kisah tadi tu terkena pada batang hidung sendiri. Muhasabah balik..

Bagaikan meresap dihati bahawa amalan memberi salam perlu dilazimi dalam kehidupan. Janganlah nak menunggu orang lain memberi salam. Cuba kita mulakan dulu salam tersebut. Hukum memberi salam adalah sunat. Namun amalan sunat kalau kita buat menjanjikan pahala. Pahala akan diperoleh andai kita ikhlas kerana Allah. Mudahkan hendak dapat pahala.

Dekat Mesir ni. satu kebaikan nya dimana-mana pun akan terbiasa dengan ucapan salam. Walhal hendak naik teksi sekalipun sudah terbiasa memberi salam. Sangat bersyukur dapat merasai sedikit amalan yang biasa dalam kalangan masyarakat Mesir. Kalau di tanah air, masih kurang, hanya kunjungan atau ziarah rumah kerumah2 saja.

Dulu, di Irshad pun kakak2 senior rajin menasihati kami junior2 supaya ringan2 mulut untuk memberi salam. :)



Apalagi, selepas ini, mai pakat ramai2 ringan2kan mulut anda memberi salam ya. (^___^)

No comments:

Post a Comment