Followers


Pages

Saturday, April 12, 2014

B E L A J A R


Bismillah.


Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.


Di dalam hidup setiap insan, Allah melakarkan satu-satu lakaran cerita yang tidak sama. Namun, semua nya akan kembali kepada Allah . Ya, pasti kembali kepada Allah.
Ada insan itu, diuji corak kehidupannya, kehilangan orang-orang yang disayanginya.

Ada insan itu teruji  dengan kelemahannya, rasa berduka dengan kekurangan diri.

Ada insan teruji dengan kelebihannya, hingga terlupa diri.


Hakikatnya, setiap ujian itu, Allah ingin mengajarkan kita sesuatu.

“Allah ingin kita belajar dari kesilapan, belajar menjadi matang, belajar untuk mengenal tuhan, belajar dengan kehidupan Bertuhan.Belajar dan belajar lagi..


Teringat satu kata-kata yang dititip lebih kurang begini, setiap kejadian dan takdir yang berlaku, mesti ada sebabnya, Allah tidak akan jadikan sesuatu perkara sia-sia.


Sebab itu, Allah berfirman agar kita selalu membaca, supaya kita jadi golongan2 yang mempunyai satu benteng agar tidak mudah goyah atau tertipu.


Belajar dan belajar lagi. 


Umumnya, bila dikatakan belajar, kita hanya nampak belajar di dalam kuliah, ada pensyarah, ada kitab. Sebenarnya, belajar bukan hanya itu, belajar dengan kehidupan, belajar dengan alam juga adalah antara proses belajar.


Dalam kehidupan kita selaku tolibul ilm kita sering diingatkan tentang sesuatu perkara, belajar bukan hanya kerana darjat imtihan namun juga di angkat darjat dari keberkatan ilmu itu sendiri. Adakah kita mengamalkan ilmu yang diterima, atau sekadar hafal untuk imtihan dan selepas itu kita lupa.


Kadang, ilmu itu tidak dapat sekarang, mungkin 10 atau 20 tahun akan datang,  ilmu juga adalah rezeki, tidak datang bergolek namun perlu kepada keringat usaha agar berbuahkan hasil.

 - bermalas-malasan mendekatkan diri pada kejahilan-


Ingat, dengan ilmu yang bermanfaat inilah sebagai satu bekal kepada kita di akhirat kelak.


Memetik hadis ke 36  arba'in nawawiyah:


" من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله إلى طريقة الجنة "

Maksud:  Sesiapa meredahi suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah mempermudah jalan ke syurga”
 

Sama-sama kita mengikhlaskan niat, bersungguh-sungguh kerana di dalam menuntut ilmu kita akan belajar kepayahan, ilmu itu tidak datang dalam keadaan bersenang-senang. 

Hadis ini mengingatkan diri sendiri betapa perlu berusaha. Tidak perlu bermalas-malasan. Ini satu hammasah buat kita meraih dan menagih syurgaNYA. Jalan menuju kesyurga pelbagai, kitalah yang memilihnya.

Wallahu’alam.