Followers


Pages

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~

Assalamualaikum.


Alhamdulillah,Ramadhan berkunjung lagi. Adakah bulan ini adalah bulan yang betul-betul kita hargai atau tidak? Apakah azam dan hasrat kita pada bulan ini. Adakah kita sudah listkan apakah amalan yang kita lakukan?


1. Qiyamullail
2. Banyakkan solat sunat
3. Bersedekah
4. Tolong ibu bapa
5. Membaca Al-Quran
6. Berzikir
7. Elak aktiviti lagha, facebook, chatting dsb
8. Tadarus Al-Quran
9. Elakkan membazir

Puasa bukan setakat menahan diri daripada lapar, malah menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara munkar. Cuba beristiqamah dan banyakkan berdoa agar kita sentiasa beristiqamah. ^_^

Semua sedia maklum suruhan berpuasa telah difardhukan agar hambanya menjadi hamba yang bertaqwa. Kita boleh ambik iktibar daripada kesengsaraan,kebuluran rakyat Somalia yang kelaparan disana. Kita juga perlu melihat keruntuhan akhlak masyarakat muslim kini, kita perlu transformasikan akhlak kita menjadi lebih baik.

Sedikit perkongsian gambar yang diambil dari facebook.




Selamat beramal, moga istiqamah. Mulakan gear ibadah dari sekarang. :) Jom2..

Wallahua'alam.