Followers


Pages

Monday, April 26, 2010

IbU Ku IBuMu~~OhH IbUu..


SAlaM


Bermula lah langkah pertama ku cuba mencoretkan apa yg trdapat di benak minda ke dalam blog ni.. Mulanya kekok juga kerana tidak pernah biasa menulis.. ingin dimanfaatkan blog ini menjadi tempat untukku berkongsi ilmu..


Disini ingin saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman...


Pada hari Sabtu yang lepas..Saya dijemput untuk membaca Al-Quran pada suatu pembukaan majlis di Hotel Naza,sewaktu asyik khusyuk mendengar pembukaan dengan Tazkirah tentang peranan wanita, yang maklum wanita sebagai anak,isteri dan ibu didalam keluarga. Tapi kita banyak terlepas pandang pada sesuatu perkara..
Apa yang saya dapat dari tazkirah tersebut ialah...

Antara kelebihan wanita, contohnya sebagai ibu, doa mereka amatlah penting untuk keberkatan dalam hidup kita, percaya atau tidak..alkisah.. terdapat seorang hamba Allah yg berjaya dalam pelajaran,kehidupan dan keluarga. Selepas kematian ibu si fulan ini, dia berasa kehidupan semakin merosot, serba tak kenala.. kiranya macam tu laa.. bila dikaji2 balik..nahh.. rupa2 nya sepanjang kehidupan ibunya, ibu si fulan ni banyak mendoakan kepada anaknya.. tengok tu betapa Allah agungkan martabat wanita terutamanya si ibu..


Kita pula janganlah jadi seperti Al-Qamah..kisahnya sebagai seorang yang miskin dia meminta2 Rasulullah mendoakan supaya dia menjadi kaya..Pada mulanya Rasulullah sendiri enggan, namun apabila AlQamah ni asyik meminta2 kepada Rasulullah, baginda meminta doa kepada Allah. Doa rasulullah termakbul, tetapi dengan kekayaan ini membuatkan AlQamah alpa, setelah mendapat isteri yang cantik, dia tidak lagi menghiraukan ibu nya si tua miskin. Sehinggalah hari kematiannya, dia tidak mampu mengucap. Rasullullah meminta sahabat2 mencari ibunya. Nahh, rupanya ibunya berkecil hati menyebabkan AlQamah tidak mampu mengucap. Akhirnya dengan perasaan kasih ibu memaafkan AlQamah dan dia mampu mgucap. Mahukah kita mati tidak diredhai ibu kita??? NAUZUBILLAH..


Seperti mana yang saya petik...


"SESEORANG brtanya kepada Rasulullah SAW. "Siapakah orang yang paling berhak untuk aku bergauli dengan sebaik-baiknya? Rasullullah SAW menjawab "Ibumu". Orang itu bertanya lagi: Lalu siapa lagi Rasullullah menjawab: "Ibumu" Tanyanya lagi: "Siapa lagi?" Rasullullah menjawab : "Ibumu". Tanyanya lagi: "Lalu selepas itu sipa lagi? "Rasullullah menjawab : Bapamu.


(HR. Bukhari Muslim)


Daripada wasiat Rasulullah ini kita dapat petik pengajaran iaitu kemuliaan ibu. Rasullullah menekankn sebanyak 3 kali.


Ada lagi cerita yang bakal saya ceritakan nanti..InSyAALLAH...

No comments:

Post a Comment