Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk mencoret. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat. Seakan baru tersedar dari suatu koma yang terlalu panjang. Semacam chipsmore.
-tidur yang panjang-
Kalam yang biasa kita dengar, agar kita sentiasa mensucikan jiwa, supaya amal ibadah kita sempurna. Bukan semudah bicara, praktikal nya sangat-sangat memerlukan mujahadah dan istiqamah yang berterusan.
Sama-sama kita bermujahadah dengan:
* Beruzlah yakni mengasingkan diri sendirian dengan bermuhasabah diri tatkala waktu solat, sebelum tidur atau akhir malam. Beriktikaf didalam masjid juga satu pendekatan terbaik untuk beruzlah.
*Mendiamkan diri. Banyak bicara banyak dosa, tersingkap banyak kelemahan. Berbicara perkara yang memberi peringatan dan hal-hal yang bermanfaat.
* Berjaga malam. Seorang pejuang seharusnya menjaga solat malam kerana ia senjata yang terbaik.
*Berlapar. Yang dimaksudkan ialah banyak berpuasa atau jangan makan terlalu kenyang.
Sama-sama kita bermujahadah. Moga setiap mujahadah kita beroleh ganjaran pahala. Dengan mujahadah kita boleh beristiqamah dengan kebaikan. Biarlah sedikit namun ikhlas dan faham, insyaAllah. Mudah-mudahan. ^_^