Followers


Pages

Saturday, October 20, 2012

50 Tanda-tanda Orang Munafik


Assalamualaikum. Bismillah..

Terkadang, kita sendiri tidak menyedari bahawa hampir kebanyakan daripada amalan sehari-harian kita adalah merupakan amalan ciri-ciri golongan munafik. Jadi, sentiasalah muhasabah dan prihatin dengan setiap apa yang akan dan telah kita lakukan.

Munafik merupakan golongan pertama pada hari akhirat yang akan dimasukkan ke dalam Neraka Jahannam pada tingkatan yang paling bawah sekali malah lebih azab daripada orang-orang kafir.

Sepertimana Allah telah memberi peringatan mengenai golongan munafik ini didalam Al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka (Surah an Nisa :145)



-manusia bertopeng- Adakah kita begitu?

50 Tanda-tanda Orang Munafik


1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT

Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama, enggan mencari ilmu pengetehaun dan berat melangkah untuk ke majlis kebajikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan bila mereka berdiri untuk melaksanakan solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka itu menyebut asma (nama) Allah kecuali sedikit. Surah An Nisa:142

2. Lupa Kepada Allah

3. Melalaikan Solat Fardhu

Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.

4. Mempercepatkan Pergerakan Solat

Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah, maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yantg munafik.

5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah

Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar seruan azan.

6. Meninggalkan Solat Jumaat

7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi

Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramaai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.

8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruff.

9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan

Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.

10. Mengamalkan Riyak

11. Hasad Dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji.

14. Bakhil

15. Fitnah

Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci maki

Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.

17. Mengumpat

18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya

Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam.

19. Mengingkari Takdir

Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah

20. Mempersendakan Kesucian Agama

Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.

21. Enggan Berjihad

22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik

23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar

24. Menangguhkan Pembayaran Hutang

25. Menipu Dalam Jual Beli

Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

26. Ghasab

Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang laain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil Cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran

28. Memakan Harta Anak Yatim

29. Membuka Rahsia Orang Lain

30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa

Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai

32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam

33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain

34. Bermuka Dua

Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.

35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar

36. Sombong Antara Sesama Manusia

37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim

38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah

Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup

40. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah

41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah

42. Mengkhianat Sesuatu Amanah

43. Memutuskan Silaturraheem

44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin.

45. Menghalalkan Yang Haram

46. Membuat Keosakan Di Muka Bumi

47. Menuduh Orang Beriman Bodoh

Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah

49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT

50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman


Nauzubillah min zalik

p/s: Jom bertaubat ^_^

Sumber : 50 Tanda-tanda Orang Munafik.

9 comments:

  1. apabila sesorng mennghidarkan dirinya daripada menzalimi org lain dan dirinya sndri dari fitnah perasaaan apakah org juga itu dikira berdosa?????

    apakh ada cara lain utk menutup pintu fitnah melainkan dgn mengasingkn dri?????

    ReplyDelete
  2. salam..kalau kita niat utk mncapai redha Allah, insyaAllah xbrdosa.

    pada pendapat boleh krn nabi Yusuf rela dipenjara agar trhindar fitnah n dekat dgn Allah

    cara lain byk brdoa hndar ftnah..

    "Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur, aku berlindung kepada Mu dari azab neraka jahannam, aku berlindung kepada Mu dari fitnah kehidupan dunia dan kematian, dan berlindung kepada Mu dari al-masih Dajjal"

    Hadis riwayat Anas bin Malik RA (dalam kitab Sahih Muslim, No. 4878), ia berkata: Rasulullah SAW biasa berdoa: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, menyia-nyiakan usia dan dari sifat kikir. Aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan dari fitnah kehidupan serta kematian".

    ‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

    doa mrupakn penawar..mf skdr pndpt pribdi,wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. dan sekiranya ana bermujahadah menolak fitrah itu dgn memenjarakan diri semata utk menjaga dua hati, yakni hati ana dan dia...

    dan kemudian "dia" dtg dimuka pintu pnjara.. sdngkan sampai bila pown hati ana cenderung kpd dia...

    apa nasihat enti, perlukah ana berpaling dan memencil diri seperti dahulu atau ana kluar dr penjara dan "melamar" dia??? - rijalud dakwah

    ReplyDelete
  4. jadi lah yang berani.. cuba keluar, berikhtiar,Allah x menyiksa kita,Allah memberi peluang, malah memudahkan :)

    ReplyDelete
  5. jazakillah khair.. ana nk jadi yg berani, cuma keadaan skrng tak mengizinkn, ana perlu myempurnkan hasrat ummi yg minta ana smbng blajar.

    dsbbkn tu, ana tkut kehilangan dia. Ana dambakan agamanya, akhlaknya. Dia yg ALLAH campakan dlm hati ana, dgn wajah "agama" bkn wajah "dunia"...

    walpon ana menjauh, sibkkan diri dgn tarbiyah utk menghidarkn dri trus berharap ssuatu yg tak pasti, Hakikatnya "dia" msih tersimpan dlm hati dn Tidak terluput walau skit pon.

    Hnya "keyakinan" kpd ALLAH memelihara hati ana..

    Doakanlah "dia" supaya ALLAH memelihra hatinya utk ana, dan hati ana utknya. Dn skiranya tiada jalan pnyatuan utk hati ini menyampaikan apa yg terbuku, maka mudah2an ALLAH sndiri akan mnyampaikannya dgn cara yg disukaiNYA.

    Tak hilang dr doa ana, ana nk "dia" mnjadi bidadari syurga utk ana dn anak2 ana dn pnghubung cinta ana dgn YG MAHA ESA.

    Doakanlah "dia" utk ana...

    -rijalud dakwah

    ReplyDelete
  6. skurg2 nya beritahu niat kpd org yg dimksdkan dan utk sambung blajr.. sekadar beritahu,gtau tempoh..spy dpt kita tahu samada org itu bersedia atau sbalik nya. Usaha setakat itu, andai ada jodoh anta insyaAllah slps bljr blh trus ke fasa strus nya. Tapi niat kena lurus. Sekadar pendapat. insyaAllah moga hajat y baik itu dtrima n dbrkati.Aminn.. maaf xbrp arif sgt tntg ni.. ^_^

    ReplyDelete
  7. ana terima cadangan enti, tp ana tak nak lalaikan hatinya dgn niat ana. Ana mngkin akan merosakan prestasi pelajarannya. Dan ana yakin "dia" tak prnah menyimpan ana dlm hatinya. Ana hnya sorng bakal jurutera dn ramai lg ustaz2 lain yg lebih layak utk susuk peribadi "hafizah" dn "bakal ustazh" spertinya.

    trima kasih ingtkan ana tntng jodoh, ana hmpir lupa yg jodoh tu urusan ALLAH.

    in-shaa-ALLAH, ana akan mulakan dgn jalan yg soleh, yakni berhubung trus dgn walinya. Cuma ana mngkin mcari msa yg sesuai..

    Tentang "jawapannya", smaada "dia" terima ana atau tak, smoga mana2 jawapan yg bakal "dia" ptuskan neh dpt menambah "ketakwaan" dlm hati ana. terima kasih enti dh bnyak mmbantu.

    -rijalud dakwah

    ReplyDelete
  8. subhanallah, beruntungla kepada orang2 yang bermujahadah dan menjaga kerana takutkan NYA. Semoga sentiasa tsabat, insyaAllah.. bila dilihat itu la jalan yang sebaiknya.teruskan dengan jalan tu.InsyaAllah trbaik

    Yakinlah. Allah akan memberi ganjaran yang besar kepada orang2 yang takutkan Allah. Rasanya insyaAllah, "dia" akan menerima.

    ReplyDelete
  9. ukhti, ana da tmui mak dn ayahnya. Dan dia da thu tntng apa yg trsirat d hati ana, cuma ana tak jelas dgn jwapannya. Dia brtahu dia tak mnolak tp adakah itu brmksud dia trima ana? Ataw dia takut bt ana kcewa krana ana brsungguh2 kpdnya? Ana brthu kpdnya ana tetap akn teruskn "mmbina" jalan takwa ini dan brharap dialah org yg bkal mlalui brsama ana, ana pham dia blum brsdia dn ana insyaallah akn mnunggu ksediaannya.

    Cuma apa yg sdng brmain difikirn ana skrng bgaimana skiranya jalan itu tlah siap dibina tapi dia tak sudi mlaluinya? Apakah pmbinaan itu ssuatu yg sia2

    ~"rumah" yg siap dibina tp tiada penghuni yg sudi mginap lebih melukakan dr rumah yg tak dibina.

    Maaf ukhti, enti tak prlu thu smua neh, cuma ana takut, skiranya ana pendaki gnung yg mndaki ke puncak. Trgelincir di kaki gunug tu lbìh kurng mudaratnya tp jika ana hampir ke punck dn tiba2 trglincir pasti jasad ana tak akan mampu mnangung hentakan kuat tu.

    ReplyDelete