Followers


Pages

Sunday, August 25, 2013

Tips berterusan melakukan amal soleh.

Bismillah.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad.

Selaku manusia, iman kita sekejap turun dan sekejap naik, begitulah juga dengan amalan kita kadang turun dan kadang naik.

Di sini, Insyaallah ingin berkongsi 4 perkara yang perlu kita lakukan agar berterusan melakukan amal soleh.

Pertama: Kita memerlukan keazaman yang kuat sekalipun ada halangan. Menjadi kelaziman kita akan futur bila kita diuji dengan ujian dan halangan, namun itu bukan halangan untuk kita bagi mengurangkan amalan kita. Setiap usaha kita dijanjikan pahala. teringat sebuah mafhum hadis mengenai orang yang membaca Al-Quran berbunyi lebih kurang begini. "Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan dia mahir, maka dia akan bersama-sama malaikat di singgahsana yang mulia, barangsiapa yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap kerana susah padanya akan diberkikan kepada nya dua pahala. p/s: Boleh rujuk kitab tibyan fil adab hamalatil quran.

Kedua: Cuba untuk fokus kepada amal ibadat kita dan buat sekadar yang kita mampu. Buat lah sekadar mengikut kemampuan kita. Jangan lah memaksa diri hingga diluar kemampuan kita.

Ketiga: Sentiasa mengingatkan diri, membaiki diri da melazimi amalan-amalan baik. Kita haruslah sentiasa bermuhasabah diri setiap hari agar diri kita sentiasa di islah menjadi yang lebih baik, berdamping dengan orang-orang baik, sentiasa meminta nasihat yang berguna, minta pandangan dari ibu bapa, keluarga dan sahabat agar akhlak kita sentiasa dibaiki dari masa ke semasa. Lazimi masa-masa terluang dengan pengisian yang mendidik jiwa. Bukan dengan perkara yang melalaikan.

Keempat: Cuba menggantikan amalan yang tertinggal waktu terdahulu dengan amalan-amalan sunat. Kerana kita kena ingat kita tidak tahu nilai kualiti ibadah di pandang sisi Allah. Kita perlu topup juga amalan-amalan wajib kita dengan amalan-amalan sunat. Moga-moga usaha kita dinilai oleh Allah nanti. InsyaAllah.

Mudahan ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk menjadi golongan yang diredhai Allah. Selaku manusia kadang kita dibawah kadang di atas, terutama diri yang sedia lemah ini. Peringatan untuk diri ini khususnya. Moga walaupun sebesar zarah ini saham di akhirat nanti. Amin.

No comments:

Post a Comment