Followers


Pages

Thursday, March 20, 2014

Empat hari yang dipilih Allah



Bismillah.

Allahumma Solli ‘ala Muhammad.

Terbaca di dalam kitab Mukasyafah al-Qulub karangan Imam Ghazali,dari  Ibn Mas’ud  semoga Allah merahmatinya berkata Allah telah memilih empat hari..

Empat hari yang dipilih Allah itu ialah.

Pertama: Hari Jumaat. Merupakan hari penghulu segala hari, didalam nya antara waktu mustajabnya berdoa. 

Kedua: Hari Arafah  Pada hari itu  Allah berfirman kepada para malaikat, “Lihatlah hamba-hamba-Ku yang datang dari  berbagai penjuru  dunia dengan berlumuran debu. Mereka telah menafkahkan hartanya dan   melelahkan  badannya. Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka.” 

Ketiga:  Hari Raya Aidil Adha. Semua mengetahui cerita berkaitan pengorbanan seorang nabi yang  taat pada Allah, hatta anak sendiri sanggup dikorbankan demi perintah tuhanNYA. Ibrah dari kisah tersebut, setiap titis darah yang mengalir dari haiwan penyembelihan dihapuskan dosa-dosanya.

Keempat: Hari Aidil Fitri. Ketika kaum Muslim berpuasa pada bulan Ramadan, lalu keluar untuk melaksanakan solat sunat Aidil Fitri, Allah berfirman kepada para malaikat, “Setiap orang yang beramal pasti mengharapkan balasan. Hamba-hamba Ku telah berpuasa selama di bulan Ramadan lalu keluar pada hari Aidil Fitri dengan mengharapkan pahala. Oleh itu, saksikan lah bahawa Aku telah mengampuni mereka semua.

:: Esok hari Jumaat, ayuh sama-sama kita mencintai hari Jumaat dengan mengisi hari yang dicintai Allah ini dengan sebaiknya,Al Kahfi jangan dilupa, selawat, tsaqafah sebanyaknya, membaca Al-Quran, mentadabbur dan lain-lain lagi. Ramadan pun tinggal 99 hari (kalau tak silap kira) mudah-mudahan kita menjadi tetamuNYA. Moga ini salah satu cara untuk kita lebih mengenal Rabb kita, dengan kenal maka semakin dekat dan semakin rasa cinta kita padaNYA. Insya Allah.

Memetik kalam Allah pada surah Al Balad 28-30.

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu)! . Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga Ku.”

Mudah-mudahan .Aminn.

No comments:

Post a Comment