Followers


Pages

Friday, February 21, 2014

Tidur yang panjang.

Bismillah.

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk mencoret. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat. Seakan baru tersedar dari suatu koma yang terlalu panjang.  Semacam chipsmore.

-tidur yang panjang-

"Perbaikilah dirimu dan sampaikanlah kepada selain kamu"

Kalam yang biasa kita dengar, agar kita sentiasa mensucikan jiwa, supaya amal ibadah kita sempurna. Bukan semudah bicara, praktikal nya sangat-sangat memerlukan mujahadah dan istiqamah yang berterusan.

Sama-sama kita bermujahadah dengan:

* Beruzlah yakni mengasingkan diri sendirian dengan bermuhasabah diri tatkala waktu solat, sebelum tidur atau akhir malam. Beriktikaf didalam masjid juga satu pendekatan terbaik untuk beruzlah.

*Mendiamkan diri. Banyak bicara banyak dosa, tersingkap banyak kelemahan. Berbicara perkara yang memberi peringatan dan hal-hal yang bermanfaat.

* Berjaga malam. Seorang pejuang seharusnya menjaga solat malam kerana ia senjata yang terbaik.

*Berlapar. Yang dimaksudkan ialah banyak berpuasa atau jangan makan terlalu kenyang.

Sama-sama kita bermujahadah. Moga setiap mujahadah kita beroleh ganjaran pahala. Dengan mujahadah kita boleh beristiqamah dengan kebaikan. Biarlah sedikit namun ikhlas dan faham, insyaAllah. Mudah-mudahan. ^_^

2 comments:

  1. kalo sy mendiamkan diri tapi banyak "komen" takpa tak? haha *peace :p

    Mujahadah tu susah melainkan kita bermujahadah dalam keadaan "bahagia". Berbeza... ibadah seorng hamba yg mnunaikan skadar kewajibannya berbnding ibadah hamba yg mencari perhatian dn kasih syg tuhannya. Sama2 la kita.

    ReplyDelete