Followers


Pages

Wednesday, June 18, 2014

Berat Bahu Memikul

Bismillah.

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.

Sesuatu amanah bukanlah semudah kata, semanis bicara, tapi memerlukan keringat usaha dan pengorbanan. Hatta dalam keadaan bila mana waktu itu kita lemah semangat mahupun bersemangat.

Orang yang tidak berada di posisi itu, sukar untuk memahami, sukar untuk merasai betapa dalam lapangan posisi itu kita teruji dengan segala macam ujian. Namun ujian itu sebagai simbol cinta Allah pada hambanya.

Orang mengatakan mengapa perlu menangis, kita menangis bukan kerana tidak bersyukur namun merasa tidak layak berada di posisi ini. Malah, teramat malu pada Mu Ya RABB.

Kulihat, bukan hanya aku yang merasa kepahitan yang sama. Kulihat sahabat seperjuanganku juga begitu. Ya, tipu bagi siapa-siapa yang diposisikan seperti kita tak menangis bila merasa betapa sukarnya ingin menjaga sesuatu amanah yang teramat bernilai.

Al Quran itu, diibaratkan sebagai unta yang diikat talinya, bilamana ia dijaga ia tidak akan terlepas, tidak akan lari, begitu juga dengan Al Quran, setiap kandungan nya perlu dipelihara, perlu dijaga dan perlu dicinta sebaiknya, agar sentiasa terpahat dan tersemat. Namun, dengan manusia yang penuh dengan dosa ini mampukah kami?

Betapa berusahanya para sahabat, golongan tabi'in berhempas pulas menjaga ke aslian Al-Quran agar kita masih lagi menikmati karya agung dari pencipta. Bersyukurlah kita. Salahkah kita menangis kerana merasa sukar? Aku akan berusaha. Ya! kena berusaha, selebihnya kita letakkan tawakal dan rezekinya kepada Allah.

Tringat lagi di dalam hadis, kalau nak boleh rujuk kitab ya, kitab Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran karya Imam Nawawi kita dibolehkan menangis apabila membaca Al Quran, kalau tidak mampu menangis, berbuat-buat lah menangis.

Andai sedih carilah kekuatan  di dalam Al Quran.

Maafkan aku teman, andai aku tak mampu mambantu diri mu. Kita sama sama berjuang.

Seandainya dirimu ingin Allah berkata kata denganmu, maka bacalah Al Quran.

Kejayaan terindah meraih mardatillah!

p/s: Doakan kami  esok imtihan dhobt Al Quran 11.30 tghari. Mansurah, Misr.



Khair Biiznillah. Menyempat g update. :D

1 comment: