Followers

Pages

Friday, December 17, 2010

ManUsia DijaDikan Sbg KhaliFah

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..



Tajuk entri "Manusia Dijadikan Sebagai Khalifah" ialah suatu peringatan tentang kasih sayang Allah kepada makhluk yang diciptanya yakni manusia. Mengulas tentang ini manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang dijadikan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 30 berbunyi...


Maksudnya:

Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi" Mereka bertanya (tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?' Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya'.
(AlBaqarah:30)

::Berdasarkan dalil Al-Quran diatas jelaslah bahawa manusia merupakan sebaik-baik
ciptaan Allah yang berperanan sebagai khalifah dimuka bumi ini.

Didalam surah Hasyr ayat 31, bukit pun takut kalimah AlQuran kerana terlalu takutkan Allah..

Maksudnya

Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini keatas sebuah gunung,nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah.Dan (ingatlah)misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada manusia supaya mereka memikirkannya.
(Hasyr:31)

Kita mempunyai banyak kelebihan, sehinggakan ALLAH memerintahkan semua makhluk sujud kepada nabi Adam. Hingga mencetuskan kemarahan kepada iblis laknatullah.

Terdapat banyak kisah antara adam dan iblis, antaranya surah Al-A'raf ayat 12:

Maksudnya:
Allah berfirman:"Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?"Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam,Engkau (wahai Tuhan)jadikan daku dari Api sedangkan dia Engkau jadikan dari tanah.

p/s: Setakat ni dulu, moga2 entri ni memberi manfaat kepada kita semua. Ingatlah, sebagai manusia,kita mempunyai kelebihan dan kita patutlah bersyukur dan menjalankan amanah yang diperintahkan.Sebarang kesilapan mohon diberi teguran.

No comments:

Post a Comment