Followers

Pages

Thursday, July 4, 2013

Kuat.

Bismillah.




Aku ingin jadi kuat,
Bukanlah seperti rekaan watak-watak superhero,
Aku ingin menjadi kuat,
Seperti kuatnya keluarga Yasir,
Diseksa namun imannya teguh mengalir.

Aku ingin menjadi kuat
Sekuat dan sehebat Khalid Al-Walid,
Kuat nya semangat jihadnya demi mengejar syahid,
Tidak pernah ada istilah sakit,
Kental  rohaninya dan jasadnya menghadapi sang musuh pembelit.

Aku ingin menjadi kuat,
Sekuat semangat Nabi Muhammad,
Menyebar sinar iman dengan tekad,
Tidak pernah luntur semangat membulat jihad,
Hinggalah tercabut ruh dari jasad.


Aku ingin..ingin..jadi seperti mereka..tapi mampukah aku? Aku hamba yang lemah. L

اللهم انصرنا الإخوان المسلمين في مصر في فلسطين في سريا في ماليزيا في كل زمان و كل مكان. 

Aminn..Ya Rabb. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Islam. Sungguh, kejayaan Islam tidak mampu digapai dengan mudah, namun memerlukan usaha kita semua. Ayuh tembakkan doa.

Wallahu'alam.

3 comments:

  1. Dan aku juga igin menjdi kuat,

    sepertimana Nusaibah binti Kaa'b...
    yg mnjdi perisai baginda dari keganasan uhud,
    dari hamburan libasan dan tetakan pedang,
    sehingga robek dn luka tubuhnya msih teguh menahan.

    Dan aku juga igin mnjdi hebat,

    sehebat asma' binti yazid...
    yg hebat memangkas musuh walau hnya dgn sebatang tiang,
    dn yg teguh berdiri di yarmuk saat muslimeen mundur kebelakng.

    Dan aku igin mnjdi untung,

    sebagimana untungnya Al-Ghumaisha,
    krn memiliki mahar yg pling tinggi nilainya.
    dr dermawannya lalu diangkat darjatnya.
    dr tangannya lalu dibersihkn akidah kotor seorng lelaki, yg akhirnya menjadi suaminya.

    Dia Ghumaisha…
    wanita ansar yg utama dan tekun ibadatnya,
    isteri yg teguh dgn kesolehannya,
    sorng ibu yg penuh dgn kasih sayangnya dn kesetiaanya.

    Dia Ghumaisha mukminah solehah yg dijanjikn syurga. :)

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...terkesan.. alfu syukran ya.. :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah kuat kerana ALLAH...

    ReplyDelete