Followers


Pages

Tuesday, April 23, 2013

Diri Aku.




Dalam diri ini
Aku masih mencari-cari
Apa yang ada pada diriku,
Semakin dicari semakin tidak pasti

Namun,
Itu bukan urusanku,
Namun ia urusan sang Pencipta Langit Dan Bumi.
Apa lah layakku untuk menentukan itu ini,
Sesungguhnya Allah lah yang layak untuk diri ini.

Yang pasti,
Aku tidak punya apa-apa,
Ilmu pun sekecil cuma,
Iman teraba-raba,
Quran hanya secarik cuma di dada.

Aku hanya mampu menangis,
Bila melihat lembaran itu,
Menjadi penemanku siang malam,
Menjadi perantara saksi antara diriku padaMU,
Namun apa yang aku amal dari helaian itu.??

Aku hanya penumpang cuma,
Tak punya apa-apa,
Sekelumit pun tiada,
Kerana aku hanya insan yang hina.

Allah bangkitkan lah aku dengan wahyu yang kau turunkan kepada Junjungan Nabi Muhammad ini. Nasihatkan lah aku, bersihkan lah aku dari dosa-dosa. Sesungguhnya cahaya tidak mampu meresap pada jiwa yang banyak dosa.

-Astaghfirullah3x-



Thursday, April 18, 2013

Rencah Kehidupan

Bismillah.

Fatrah imtihan. Satu persatu ujian menyinggah kehidupan. Pelbagai corak warna menyinggah hati.

Bukak Al-Quran Surah As-Syuura: 30

Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu.)

Hasbunallah wa ni'mal wakil.

Seandainya boleh dikira,berapa banyak kesalahan-kesalahan hamba yang sudah Allah ampunkan, pasti tidak terbanding dengan kafarah yang Dia kirimkan. Betapa ALLAH Maha lembut kepada hamba-hambanya terimakasih ya ALLAH.

Rasa semangat bila teringatkan bahawa ALLAH sangat2 sayang kita. Bila kita leka, ALLAH bagi ujian sikit supaya kita selalu ingat ALLAH. ALLAH tak nak kita hanyut, Allah sedarkan kita.Apa lagi, sangka lah baik2 kepada ALLAH ta'ala.

Bismillahi Tawakaltu 'Ala ALLAH,

Allahumma Yassir Kama Tua'ssir, AMIN Ya Rabbal Alamin.

Sunday, April 14, 2013

Tarikh imtihan da keluar~

Bismillah.

Rasa kelat ada pahit ada manis ada bila sesuatu yang ditunggu akhirnya terjawab. Jadual imtihan dah keluar, i.Allah Al-Quran yang dihafaz diperkemas, persediaan dirapi. Allahumma Yassir Kama Tu'assir.


Saturday, March 30, 2013

Masa nya hampir tiba

Bismillah.



Assalamualaikum. Sekian lama tidak menitip kata-kata disini, harini cuba memberi sedikit ruang untuk menulis di sini. Tidak sampai sebulan lagi masa untuk mempersiapkan diri untuk melangkah ke zon imtihan. Jadual imtihan tak keluar lagi tapi Syeikh menjangkakan 26/4 ni bermulanya ujian syafawi, manakala 4/5 ujian tahriri.

Perasaan mesti la serba ada. Risau, gementar semua ada. Allah telah menjanjikan kemenangan kepada orang yang berjuang pada jalannya. Kemenangan dari sudut kejayaan atau sebaliknya. Yakin, Allah akan bantu kita. Tapi bagaimana? Kita harus berusaha.

Ingin memetik kalam Allah yang memberikan motivasi kepada kita mafhumnya lebih kurang begini, jika kita berazam maka bertawakal lah kepada ALLAH, jangan terus bertawakal je ya. Kita kena usaha sebab tu Allah meletakkan kalimah azam tersebut yang membawa kepada jalan usaha, andai berazam tanpa usaha, rugi lah kita.

Macam berleter pula. Doakan la ya. Semua kami tahun 2 Qiraat khususnya dan tahun2 lain am nya najah dan berjaya. Gementar juga. Tapi cuba berusaha memanfaatkan masa yang ada. InsyaAllah. Risau sebab takut tidak mampu memanfaatkan waktu yang berbaki ni.

Sedikit bekalan kepada kita dalam persediaan imtihan nanti :)
                                                            -credit to mr google-


 Nasihat untuk korang2 dan diri yang nak exam ni.

1. Jangan study last minit. Takut  tidak dapat kejar bab-bab yang sukar.
2. Cuba jawab soalan-soalan supaya terbiasa dan tahu apa yang perlu dan penting untuk dinyatakan di    dalam setiap soalan. Ataupun banyakkan latih tubi.
3. Cuba buat nota untuk isi-isi penting. Ini membantu kita untuk memudahkan proses hafalan.
4. Jangan lupa bantu kawan-kawan yang lemah. Tidak rugi pun kan sama-sama berjaya.
5. Prepare alatan tulis sebelum ujian. Ini mengelakkan dari kekurangan alatan tulis sepanjang peperiksaan.
6. Akhir sekali, doakan kepada semua semoga berjaya. Moga ilmu itu ada keberkatan bersama. Jangan pandang rendah terhadap orang lain. Ingat tu. Jangan lupa mintak mak ayah kita doakan. Berkat insyaAllah.


Moga nasihat ni membantu kita. Sebagai muslim yang baik, kita kena baik dalam apa jua posisi. Doakan kami semua di bumi ardul kinanah ini ya. Salam mahabbah :) Allahumma Yassir Kama Tu'assir ^_^



Friday, March 1, 2013

Menjaga Rahsia~

Bismillah.

Assalamualaikum pembuka bicara. Lama sudah silent dalam ber'blog almaklumla kekangan masa dan juga ketiadaan internet. Alhamdulillah hari ni insyaAllah berpeluang menulis. Disini saya ingin kongsikan sesuatu, mudah mudahan dapat memberikan manfaat kepada kita.

Pernah tak dapat pesanan macam ni, "Tolong rahsiakan perkara ni" atau "Jangan cerita pada siapa siapa ya" pernah tak.  Pernah tak kawan-kawan atau sesiapa yang mempercayai kita menceritakan sesuatu supaya kita menyimpannya? Mesti pernah kan. Tapi adakah kita merupakan penyimpan rahsia yang baik?

Suka untuk saya berkongsi tips untuk menyimpan rahsia dengan baik.

1) Mengelak : Cara ini berkesan dan selamat kerana mengelak menghindar dari sebarang keraguan.

2) Berhelah : Cara ini juga mampu menangkis dari tanda tanya si penanya. Contohnya si penanya bertanya "tadi bersembang mengenai apa?. Kita boleh jawab begini "Takda apa2 cuma berkongsi-kongsi pandangan".

3) Tipu : Cara ini boleh digunakan tetapi janganlah sebagai cara utama. Andai tiada pilihan tipu merupakan cara terakhir kita. Tapi bukanlah tipu yang sebenarnya. Contohnya kawan kita bertanya kita hendak kemana, namun kita diamanahkan untuk tidak memberitahu sesiapa jadi kita dibolehkan mengatakan hendak ke kedai dengan syarat singgah la ke kedai. Hehe.

Ada lagi satu tetapi terlupa. Sebarang cadangan atau idea untuk menjaga rahsia kita boleh berkongsi bersama. Suka untuk saya berkongsi firman Allah di dalam kalamnya yang mulia mengenai amanah. Sila rujuk surah An Nisa ayat ke 58 berbunyi begini "Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat.

Setakat itu saja. Sebenarnya sifat amanah patut ada dalam hidup kita. Kalau kita asyik membocorkan rahsia. Bila-bila masa ja Allah boleh dedah rahsia dan aib kita depan semua orang. Sayangi diri hiasi peribadi.


Thursday, February 21, 2013

Sepi~

Bismillah.


Sepi itu hadir,
Sepi itu bukan hanya disisi tanpa manusia,
Sepi itu,
Kala diri tercalit dosa,
Kala diri diselimuti noda.

Sepi itu salah siapa?
Sepi itu sukar dimengerti
Yang menikam diri
Mencari-cari nilai diri.

Sepilah kita
Andai jauh dari Sang Pencipta
Andai asyik dengan dunia sementara.
Kalam nya di sia-sia
Hubungan manusia tak terjaga.

Ya Allah Sang Pencipta, Maafkan aku. Andai diri selalu leka,alpa dan kurang cinta padamu.



Sepi..
Aku bukan pencari sepi.
Namun aku pencari cinta dan kasih sayang Ilahi :(

Tuesday, January 22, 2013

Travelog 1~

Assalamualaikum pembuka bicara.

Bismillah. Alhamdulillah baru mula mencoret travelog selama 3 hari menjejaki sirah dan mengumpul mutiara ibrah disana.

Kami seramai 23 orang sepakat bermusafir dan bertolak pada pukul 2 pagi dengan seorang mushrif iaitu Ust Amar. Ustaz ini lah yang akan memberi segala penerangan untuk semua tempat yang bakal kami lawati dan ziarahi. Moga Allah merahmati ust kerana sudi berkongsi ilmu pada kami.

Setelah 3-4 jam perjalanan, kami singgah untuk menunaikan solat subuh. Then, kami meneruskan perjalanan hingga sampai destinasi pertama kami iaitu Kubu Israel. Kubu ini merupakan kesan tentera Israel yang pernah menyerang hendap Mesir suatu ketika dulu. (kalau x silap). Tapi akhirnya berjaya ditawan oleh tentera Mesir.


Ni la gambar pertama snap mula-mula sampai sini.Ini merupakan lokasi kubu Israel yang telah ditawan kerajaan Mesir. Kawasan nya agak luas.

   -Kubu yang telah dimusnahkan-


  -Antara peninggalan Israel-


 -Tengok bintang enam bucu tu,itulah lambang Zionos Israel.- 


 - Senjata yang telah dimusnahkan-

 - Sekitar kawasan kubu Israel. Kawasan berpagar masih mempunyai periuk kera-

-Peninggalan yang masih elok-  


p/s:  Sambil itu mari kita berdoa agar Islam sentiasa menang. Doa senjata orang mukmin. Jom tembakkan peluru doa. InsyaAllah.. Bersambung next entri :)