Followers


Pages

Wednesday, June 18, 2014

Berat Bahu Memikul

Bismillah.

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.

Sesuatu amanah bukanlah semudah kata, semanis bicara, tapi memerlukan keringat usaha dan pengorbanan. Hatta dalam keadaan bila mana waktu itu kita lemah semangat mahupun bersemangat.

Orang yang tidak berada di posisi itu, sukar untuk memahami, sukar untuk merasai betapa dalam lapangan posisi itu kita teruji dengan segala macam ujian. Namun ujian itu sebagai simbol cinta Allah pada hambanya.

Orang mengatakan mengapa perlu menangis, kita menangis bukan kerana tidak bersyukur namun merasa tidak layak berada di posisi ini. Malah, teramat malu pada Mu Ya RABB.

Kulihat, bukan hanya aku yang merasa kepahitan yang sama. Kulihat sahabat seperjuanganku juga begitu. Ya, tipu bagi siapa-siapa yang diposisikan seperti kita tak menangis bila merasa betapa sukarnya ingin menjaga sesuatu amanah yang teramat bernilai.

Al Quran itu, diibaratkan sebagai unta yang diikat talinya, bilamana ia dijaga ia tidak akan terlepas, tidak akan lari, begitu juga dengan Al Quran, setiap kandungan nya perlu dipelihara, perlu dijaga dan perlu dicinta sebaiknya, agar sentiasa terpahat dan tersemat. Namun, dengan manusia yang penuh dengan dosa ini mampukah kami?

Betapa berusahanya para sahabat, golongan tabi'in berhempas pulas menjaga ke aslian Al-Quran agar kita masih lagi menikmati karya agung dari pencipta. Bersyukurlah kita. Salahkah kita menangis kerana merasa sukar? Aku akan berusaha. Ya! kena berusaha, selebihnya kita letakkan tawakal dan rezekinya kepada Allah.

Tringat lagi di dalam hadis, kalau nak boleh rujuk kitab ya, kitab Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran karya Imam Nawawi kita dibolehkan menangis apabila membaca Al Quran, kalau tidak mampu menangis, berbuat-buat lah menangis.

Andai sedih carilah kekuatan  di dalam Al Quran.

Maafkan aku teman, andai aku tak mampu mambantu diri mu. Kita sama sama berjuang.

Seandainya dirimu ingin Allah berkata kata denganmu, maka bacalah Al Quran.

Kejayaan terindah meraih mardatillah!

p/s: Doakan kami  esok imtihan dhobt Al Quran 11.30 tghari. Mansurah, Misr.



Khair Biiznillah. Menyempat g update. :D

Tuesday, May 13, 2014

Update.

Bismillah, walhamdulillah.
\
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.

Tinggal kira-kira 19 hari lagi untuk menempuhi imtihan akhir. Persiapan belum sempurna sepenuhnya.


Semoga Allah permudahkan untuk semua yang bakal berimtihan.

Saturday, April 12, 2014

B E L A J A R


Bismillah.


Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.


Di dalam hidup setiap insan, Allah melakarkan satu-satu lakaran cerita yang tidak sama. Namun, semua nya akan kembali kepada Allah . Ya, pasti kembali kepada Allah.
Ada insan itu, diuji corak kehidupannya, kehilangan orang-orang yang disayanginya.

Ada insan itu teruji  dengan kelemahannya, rasa berduka dengan kekurangan diri.

Ada insan teruji dengan kelebihannya, hingga terlupa diri.


Hakikatnya, setiap ujian itu, Allah ingin mengajarkan kita sesuatu.

“Allah ingin kita belajar dari kesilapan, belajar menjadi matang, belajar untuk mengenal tuhan, belajar dengan kehidupan Bertuhan.Belajar dan belajar lagi..


Teringat satu kata-kata yang dititip lebih kurang begini, setiap kejadian dan takdir yang berlaku, mesti ada sebabnya, Allah tidak akan jadikan sesuatu perkara sia-sia.


Sebab itu, Allah berfirman agar kita selalu membaca, supaya kita jadi golongan2 yang mempunyai satu benteng agar tidak mudah goyah atau tertipu.


Belajar dan belajar lagi. 


Umumnya, bila dikatakan belajar, kita hanya nampak belajar di dalam kuliah, ada pensyarah, ada kitab. Sebenarnya, belajar bukan hanya itu, belajar dengan kehidupan, belajar dengan alam juga adalah antara proses belajar.


Dalam kehidupan kita selaku tolibul ilm kita sering diingatkan tentang sesuatu perkara, belajar bukan hanya kerana darjat imtihan namun juga di angkat darjat dari keberkatan ilmu itu sendiri. Adakah kita mengamalkan ilmu yang diterima, atau sekadar hafal untuk imtihan dan selepas itu kita lupa.


Kadang, ilmu itu tidak dapat sekarang, mungkin 10 atau 20 tahun akan datang,  ilmu juga adalah rezeki, tidak datang bergolek namun perlu kepada keringat usaha agar berbuahkan hasil.

 - bermalas-malasan mendekatkan diri pada kejahilan-


Ingat, dengan ilmu yang bermanfaat inilah sebagai satu bekal kepada kita di akhirat kelak.


Memetik hadis ke 36  arba'in nawawiyah:


" من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله إلى طريقة الجنة "

Maksud:  Sesiapa meredahi suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah mempermudah jalan ke syurga”
 

Sama-sama kita mengikhlaskan niat, bersungguh-sungguh kerana di dalam menuntut ilmu kita akan belajar kepayahan, ilmu itu tidak datang dalam keadaan bersenang-senang. 

Hadis ini mengingatkan diri sendiri betapa perlu berusaha. Tidak perlu bermalas-malasan. Ini satu hammasah buat kita meraih dan menagih syurgaNYA. Jalan menuju kesyurga pelbagai, kitalah yang memilihnya.

Wallahu’alam.

Thursday, March 20, 2014

Empat hari yang dipilih Allah



Bismillah.

Allahumma Solli ‘ala Muhammad.

Terbaca di dalam kitab Mukasyafah al-Qulub karangan Imam Ghazali,dari  Ibn Mas’ud  semoga Allah merahmatinya berkata Allah telah memilih empat hari..

Empat hari yang dipilih Allah itu ialah.

Pertama: Hari Jumaat. Merupakan hari penghulu segala hari, didalam nya antara waktu mustajabnya berdoa. 

Kedua: Hari Arafah  Pada hari itu  Allah berfirman kepada para malaikat, “Lihatlah hamba-hamba-Ku yang datang dari  berbagai penjuru  dunia dengan berlumuran debu. Mereka telah menafkahkan hartanya dan   melelahkan  badannya. Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka.” 

Ketiga:  Hari Raya Aidil Adha. Semua mengetahui cerita berkaitan pengorbanan seorang nabi yang  taat pada Allah, hatta anak sendiri sanggup dikorbankan demi perintah tuhanNYA. Ibrah dari kisah tersebut, setiap titis darah yang mengalir dari haiwan penyembelihan dihapuskan dosa-dosanya.

Keempat: Hari Aidil Fitri. Ketika kaum Muslim berpuasa pada bulan Ramadan, lalu keluar untuk melaksanakan solat sunat Aidil Fitri, Allah berfirman kepada para malaikat, “Setiap orang yang beramal pasti mengharapkan balasan. Hamba-hamba Ku telah berpuasa selama di bulan Ramadan lalu keluar pada hari Aidil Fitri dengan mengharapkan pahala. Oleh itu, saksikan lah bahawa Aku telah mengampuni mereka semua.

:: Esok hari Jumaat, ayuh sama-sama kita mencintai hari Jumaat dengan mengisi hari yang dicintai Allah ini dengan sebaiknya,Al Kahfi jangan dilupa, selawat, tsaqafah sebanyaknya, membaca Al-Quran, mentadabbur dan lain-lain lagi. Ramadan pun tinggal 99 hari (kalau tak silap kira) mudah-mudahan kita menjadi tetamuNYA. Moga ini salah satu cara untuk kita lebih mengenal Rabb kita, dengan kenal maka semakin dekat dan semakin rasa cinta kita padaNYA. Insya Allah.

Memetik kalam Allah pada surah Al Balad 28-30.

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu)! . Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga Ku.”

Mudah-mudahan .Aminn.

Friday, February 21, 2014

Tidur yang panjang.

Bismillah.

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk mencoret. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat. Seakan baru tersedar dari suatu koma yang terlalu panjang.  Semacam chipsmore.

-tidur yang panjang-

"Perbaikilah dirimu dan sampaikanlah kepada selain kamu"

Kalam yang biasa kita dengar, agar kita sentiasa mensucikan jiwa, supaya amal ibadah kita sempurna. Bukan semudah bicara, praktikal nya sangat-sangat memerlukan mujahadah dan istiqamah yang berterusan.

Sama-sama kita bermujahadah dengan:

* Beruzlah yakni mengasingkan diri sendirian dengan bermuhasabah diri tatkala waktu solat, sebelum tidur atau akhir malam. Beriktikaf didalam masjid juga satu pendekatan terbaik untuk beruzlah.

*Mendiamkan diri. Banyak bicara banyak dosa, tersingkap banyak kelemahan. Berbicara perkara yang memberi peringatan dan hal-hal yang bermanfaat.

* Berjaga malam. Seorang pejuang seharusnya menjaga solat malam kerana ia senjata yang terbaik.

*Berlapar. Yang dimaksudkan ialah banyak berpuasa atau jangan makan terlalu kenyang.

Sama-sama kita bermujahadah. Moga setiap mujahadah kita beroleh ganjaran pahala. Dengan mujahadah kita boleh beristiqamah dengan kebaikan. Biarlah sedikit namun ikhlas dan faham, insyaAllah. Mudah-mudahan. ^_^

Wednesday, January 1, 2014

Pak Cik Teksi

Bismillah,

Allahumma Solli 'Ala Muhammad.


 -pic min google-

Usai dari bank, bersama seorang sahabat bergegas ke kedai buku untuk membeli alatan menulis. Di dalam teksi, ammu memulakan bicaranya.

Ammu teksi:"Kamu pelajar tibb?

Kami: Tidak, kami pelajar dirasat islamiyah.

Ammu teksi : Kamu hafaz Al-Quran? Berapa juzuk?

Kami:  Emm..diam, kawan cakap (cakap perlahan), kami sedar hakikat betapa sukarnya menjaga.

Ammu: Subhanallah, terus dia membacakan surah Yusuf ayat 2 yang berbunyi

 ''Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran dengan bahasa Arab, agar kamu memahaminya".

Seperti ayah menasihati anak-anaknya, dia juga menasihati kami agar menguasai sungguh-sungguh Bahasa Arab yakni bahasa Al-Quran, kerana mudah untuk memahami isi kadungannya malah sebaik-baik bahasa adalah bahasa Arab . Al-Quran juga yang akan memberi syafaat di dunia malah di akhirat.

Antara nasihat lain, dia menasihati kami agar rajin berselawat kepada Rasulullah, jangan kedekut berselawat.

Terasa bagai dapat satu mutiara berharga, walaupun kita sedia maklum tentang itu, namun sungguh, nasihatnya dari hati itu terus meresap di jiwa. Moga jiwa ini terus subur dengan Al-Quran sebagai bekal perjalanan ke syurga. Ardil Kinanah bumi Tarbiyah.

"Jazakkallahu Khairan Jaza' Ammu! "

Syukran Ya Rabb kerana sentiasa ingatkan kami. Alhamdulllah, kerana terpilih dicampak di sini.









Friday, December 13, 2013

Nampak, atau tidak nampak?



Allahumma Solli Ala Muhammad.

Tergerak nak buka blog harini, berzaman x mengupdate blog jadi kena “baca-baca ruqyah “ sikit bagi menghindari ada makhluk lain menginap.  Dan ada dah labah-labah bagi signal dah nak menginap. So, kena lah kemas-kemas sikit bagi molek-molek sebab blog pun ada haknya. ^_^

 -gambar ni ja yg tutup mata-


Kalau kita perasan, dan kalau kita ikutkan logik akal kita sebagai manusia, kita suka perkara tu nampak real dan jelas baru kita akan percaya dan kita hargai. Namun, Allah lah yang mencorakkan kehidupan kita di dunia ini dengan cara yang sangat unik dan menarik. Bukan semua perkara itu kita boleh lihat dengan mata kasar kita.

Begitu juga dengan keimanan kita, kita tidak nampak Allah namun kita mengimani, kita tidak pernah bertemu dengan nabi-nabi utusanNYA namun kita percaya mereka sebagai utusan Allah, kita megimani kewujudan malaikat-malaikat, kitab-kitabNYA dan banyak lagi perkara yang diluar kotak pemikiran kita.


Kenapa kita boleh beriman? Kerana kita  boleh melihat bukti-bukti yang dibawa nabi kita  صلى الله عليه وسلم  محمد yang membawa wahyu dari Allah iaitu Al-Quran. Allah berfirman di dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya engkau hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti  peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pengasih , walaupun mereka tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. (Yasin:11)


Allah tidak bagi kita melihat perkara-perkara ghaib, tapi Allah datangkan bukti-bukti  kekuasaannya supaya kita mengimani namun kita tidak mahu berfikir dan mensyukuri kekuasaannya.Begitu juga tentang kehidupan akhirat, Allah bagi panduan kepada kita untuk beramal soleh dan menjanjikan syurga namun kita sering leka, sebab kita tidak nampak dengan mata kasar. Tapi, bagi orang yang nampak dari mata “hati” mereka akan memahaminya dan mencari peluang melakukan amal soleh.


Allah berjanji  di dalam Al-Quran  berbunyi:

“ Dan orang yang beriman dan mengerjakan amal kebaikan, kelak akan kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataan daripada Allah” (Surah AnNisa: 122)

 
Allah sudah berjanji kepada hambanya, bagaimana kita hendak merealisasikan untuk mengejar syurga hakiki? Walaupun zahirnya tidak nampak sekarang namun Allah akan menampakkan hasil kebaikan kita di syurga kelak.

Terfikir juga, dengan rasa sayangnya kita kepada baginda Rasulullah, pada zaman dimana agama Islam meluas seluruh dunia. Belum tentu lagi kita mampu percaya kalau kita berada sezaman dengan baginda. Zaman dimana banyak penentangan kepada baginda.Kerana manusia fitrahnya sukar menerima sesuatu yang baru dan sukar percaya perkara-perkara ghaib. Allahu Allah. Bersyukurlah kita kerana berada bersama-sama baginda. Walaupun tidak pernah bertemu namun kita sering rindu.

Termuhasabah merasakan pendinding diri yakni amalan kerohanian masih kurang sebab masih ada sifat-sifat negatif pada diri. Walaupun kita tidak nampak, itulah asbab dari kurangnya penghayatan kita dalam ibadah.
Dalam perkara-perkara lain pun, kadang-kadang kita berhajat untuk sesuatu namun Allah tidak menampakkan lagi apa yang kita harapkan. Kerana ada suatu perkara yang dijanji iaitu ‘hikmah’. Sama-samalah kita ya.

:: Musim syita menguji diri, tak dapat tidur malam, bermujahadah, menginsafi dan mensyukuri kerana masih berbaju tebal+berlihaf tebal+sakhonah, menyedari ada saudara seakidah kita mati kesejukan kerana kekurangan keperluan musim sejuk. Semoga Allah menghadiahkan mereka jannah.Ameen.