Bismillah.
Setelah sekian lama "menyepi" dari menulis, hari ini ingin dikongsikan tentang iktibar dari peristiwa Isra' dan Mi'raj sepertimana yang terdapat didalam Al-Quran, berada di tengah-tengah didalam Al-Quran mempunyai mesej yang terbesar untuk kita semua.
"Sesungguhnya Al-Quran tidak akan masuk padanya batil yang tidak benar"
Kita semua memang maklum tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj ini. Secara ringkasnya Nabi Muhammad di angkat keluar ke langit ke tujuh hingga ke sidratil muntaha. Peristiwa inilah umat Islam disyariatkan untuk menunaikan solat lima waktu.
Peristiwa Isra' Dan Mi'raj ada tujuannya yang besar tanpa kita sedar.
1. Merupakan peristiwa benar ke atas Rasulullah atas jasad dan ruh. Kalau kita perhatikan mengikut logik akal memang tidak masuk akal tapi dengan "kekuasaan" Allah semuanya tidak ada istilah mustahil. Sekiranya kita beriman tidak akan ada isu mempertikai tentang perkara ghaib ini.
2. Menunjukkan tanda-tanda kebesaran Allaah.
3. Membuktikan maqam insan Rabbani, Malaikat tidak sampai tetapi Rasulullah sampai.
4. Isra' adalah ujian. Maksudnya disini ialah ujian pada kehidupan sekarang, Islam sudah tersedia namun Islam tetap ditentang dan ditolak.
5. Bersiap sedia untuk menghadapi cabaran. cabaran yang terbesar ialah cabaran aqidah.
6. Supaya kita berfikir tentang alam luar. Alam yang kita tengok sekarang sangat jelas tetapi kita lupa ada alam lain yang Allah cipta tanapa kita dapat lihat secara kasar.
p/s: Tulis secara ringkas supaya tidak pening :) wallahu'alam, kalau ada kesilapan dalam pemahaman.
Rujukan: Ceramah Isra'Mi'raj TG Dr.Harun Din Al-Hafiz, Hayyu Asyir, Kaherah.
Sunday, June 9, 2013
Saturday, May 11, 2013
Keadaan-keadaan orang-orang yang meninggalkan Al-Quran
Bismillah, alhamdulillah sempat lagi menaip walaupun sekarang dalam fatrah imtihan, sebenarnya entri terbaru ni untuk peringatan diri sendiri dan juga sahabat2 agar tidak mensia2kan kalam Allah. Kita boleh melihat melalui 6 aspek adakah kita meninggalkan Al-Quran ataupun tidak.Yang..
Pertama: Kita tidak mendengar mahupun membacanya. Kita mempunyai 24 jam masa namun dalam tempoh sehari itu, mulut dan telinga kita langsung tidak dihidangi dengan Al-Quran.
Kedua: Kita membaca AL-Quran namun tidak merenunginya dan tidak pula memikirkan kandungan makna-makna nya, juga merenungi maksud Allah dalam firman-firmannya.
Ketiga: Kita tidak mengamalkan ayat Al-Quran. Walaupun kita membaca bait-bait ayat Al-Quran itu, namun selalu hanya mampu berhujah tanpa beramal. Allah sendiri berfirman di dalam surah As Saff, mengenai golongan yang berhujah tanpa amal. Rujuk surah As Saff ayat 2.
Keempat: Tidak menjadikannya sebagai ubat penawar. Al-Quran merupakan ubat bagi mengatasi tekanan jiwa dan segala kerisauan yang menimpa manusia. Kesimpulan nya Al-Quran ini merupakan ubat dan penawar bagi hati.
Kelima: Kita tidak menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan hukum. Kita lebih mempercayai sumber-sumber rujukan lain sekalipun didalam Al-Quran sendiri terdapat dalil-dalil hukum samada didalam sesuatu kumpulan mahupun individu sendiri.
Keenam: Situasi malu keran Al-Quram. Contohnya kita segan hendak membaca di hadapan kawan walaupun pada waktu itu memang berniat hendak membacanya. Boleh rujuk surah Al-A'raf ayat 2.
Mudah2an perkongsian ini menjadi muhasabah kepada kita semua. Hakikatnya kita sebagai manusia memang sering melakukan kesilapan sepertimana di dalam surah Al Nisa ayat 79. Segala yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada kelemahan kita sendiri. Wallahu'alam.

Tuesday, April 23, 2013
Diri Aku.
Aku masih mencari-cari
Apa yang ada pada diriku,
Semakin dicari semakin tidak pasti
Namun,
Itu bukan urusanku,
Namun ia urusan sang Pencipta Langit Dan Bumi.
Apa lah layakku untuk menentukan itu ini,
Sesungguhnya Allah lah yang layak untuk diri ini.
Yang pasti,
Aku tidak punya apa-apa,
Ilmu pun sekecil cuma,
Iman teraba-raba,
Quran hanya secarik cuma di dada.
Aku hanya mampu menangis,
Bila melihat lembaran itu,
Menjadi penemanku siang malam,
Menjadi perantara saksi antara diriku padaMU,
Namun apa yang aku amal dari helaian itu.??
Aku hanya penumpang cuma,
Tak punya apa-apa,
Sekelumit pun tiada,
Kerana aku hanya insan yang hina.
Allah bangkitkan lah aku dengan wahyu yang kau turunkan kepada Junjungan Nabi Muhammad ini. Nasihatkan lah aku, bersihkan lah aku dari dosa-dosa. Sesungguhnya cahaya tidak mampu meresap pada jiwa yang banyak dosa.
-Astaghfirullah3x-
Thursday, April 18, 2013
Rencah Kehidupan
Bismillah.
Fatrah imtihan. Satu persatu ujian menyinggah kehidupan. Pelbagai corak warna menyinggah hati.
Bukak Al-Quran Surah As-Syuura: 30
Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu.)
Hasbunallah wa ni'mal wakil.
Seandainya boleh dikira,berapa banyak kesalahan-kesalahan hamba yang sudah Allah ampunkan, pasti tidak terbanding dengan kafarah yang Dia kirimkan. Betapa ALLAH Maha lembut kepada hamba-hambanya terimakasih ya ALLAH.
Rasa semangat bila teringatkan bahawa ALLAH sangat2 sayang kita. Bila kita leka, ALLAH bagi ujian sikit supaya kita selalu ingat ALLAH. ALLAH tak nak kita hanyut, Allah sedarkan kita.Apa lagi, sangka lah baik2 kepada ALLAH ta'ala.
Bismillahi Tawakaltu 'Ala ALLAH,
Allahumma Yassir Kama Tua'ssir, AMIN Ya Rabbal Alamin.

Sunday, April 14, 2013
Tarikh imtihan da keluar~
Bismillah.
Rasa kelat ada pahit ada manis ada bila sesuatu yang ditunggu akhirnya terjawab. Jadual imtihan dah keluar, i.Allah Al-Quran yang dihafaz diperkemas, persediaan dirapi. Allahumma Yassir Kama Tu'assir.

Saturday, March 30, 2013
Masa nya hampir tiba
Bismillah.
Assalamualaikum. Sekian lama tidak menitip kata-kata disini, harini cuba memberi sedikit ruang untuk menulis di sini. Tidak sampai sebulan lagi masa untuk mempersiapkan diri untuk melangkah ke zon imtihan. Jadual imtihan tak keluar lagi tapi Syeikh menjangkakan 26/4 ni bermulanya ujian syafawi, manakala 4/5 ujian tahriri.
Perasaan mesti la serba ada. Risau, gementar semua ada. Allah telah menjanjikan kemenangan kepada orang yang berjuang pada jalannya. Kemenangan dari sudut kejayaan atau sebaliknya. Yakin, Allah akan bantu kita. Tapi bagaimana? Kita harus berusaha.
Ingin memetik kalam Allah yang memberikan motivasi kepada kita mafhumnya lebih kurang begini, jika kita berazam maka bertawakal lah kepada ALLAH, jangan terus bertawakal je ya. Kita kena usaha sebab tu Allah meletakkan kalimah azam tersebut yang membawa kepada jalan usaha, andai berazam tanpa usaha, rugi lah kita.
Macam berleter pula. Doakan la ya. Semua kami tahun 2 Qiraat khususnya dan tahun2 lain am nya najah dan berjaya. Gementar juga. Tapi cuba berusaha memanfaatkan masa yang ada. InsyaAllah. Risau sebab takut tidak mampu memanfaatkan waktu yang berbaki ni.
Sedikit bekalan kepada kita dalam persediaan imtihan nanti :)
-credit to mr google-
Nasihat untuk korang2 dan diri yang nak exam ni.
1. Jangan study last minit. Takut tidak dapat kejar bab-bab yang sukar.
2. Cuba jawab soalan-soalan supaya terbiasa dan tahu apa yang perlu dan penting untuk dinyatakan di dalam setiap soalan. Ataupun banyakkan latih tubi.
3. Cuba buat nota untuk isi-isi penting. Ini membantu kita untuk memudahkan proses hafalan.
4. Jangan lupa bantu kawan-kawan yang lemah. Tidak rugi pun kan sama-sama berjaya.
5. Prepare alatan tulis sebelum ujian. Ini mengelakkan dari kekurangan alatan tulis sepanjang peperiksaan.
6. Akhir sekali, doakan kepada semua semoga berjaya. Moga ilmu itu ada keberkatan bersama. Jangan pandang rendah terhadap orang lain. Ingat tu. Jangan lupa mintak mak ayah kita doakan. Berkat insyaAllah.
Moga nasihat ni membantu kita. Sebagai muslim yang baik, kita kena baik dalam apa jua posisi. Doakan kami semua di bumi ardul kinanah ini ya. Salam mahabbah :) Allahumma Yassir Kama Tu'assir ^_^

Friday, March 1, 2013
Menjaga Rahsia~
Bismillah.
Assalamualaikum pembuka bicara. Lama sudah silent dalam ber'blog almaklumla kekangan masa dan juga ketiadaan internet. Alhamdulillah hari ni insyaAllah berpeluang menulis. Disini saya ingin kongsikan sesuatu, mudah mudahan dapat memberikan manfaat kepada kita.
Pernah tak dapat pesanan macam ni, "Tolong rahsiakan perkara ni" atau "Jangan cerita pada siapa siapa ya" pernah tak. Pernah tak kawan-kawan atau sesiapa yang mempercayai kita menceritakan sesuatu supaya kita menyimpannya? Mesti pernah kan. Tapi adakah kita merupakan penyimpan rahsia yang baik?
Suka untuk saya berkongsi tips untuk menyimpan rahsia dengan baik.
1) Mengelak : Cara ini berkesan dan selamat kerana mengelak menghindar dari sebarang keraguan.
2) Berhelah : Cara ini juga mampu menangkis dari tanda tanya si penanya. Contohnya si penanya bertanya "tadi bersembang mengenai apa?. Kita boleh jawab begini "Takda apa2 cuma berkongsi-kongsi pandangan".
3) Tipu : Cara ini boleh digunakan tetapi janganlah sebagai cara utama. Andai tiada pilihan tipu merupakan cara terakhir kita. Tapi bukanlah tipu yang sebenarnya. Contohnya kawan kita bertanya kita hendak kemana, namun kita diamanahkan untuk tidak memberitahu sesiapa jadi kita dibolehkan mengatakan hendak ke kedai dengan syarat singgah la ke kedai. Hehe.
Ada lagi satu tetapi terlupa. Sebarang cadangan atau idea untuk menjaga rahsia kita boleh berkongsi bersama. Suka untuk saya berkongsi firman Allah di dalam kalamnya yang mulia mengenai amanah. Sila rujuk surah An Nisa ayat ke 58 berbunyi begini "Sungguh, Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya dengan adil. Sungguh, Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat.
Setakat itu saja. Sebenarnya sifat amanah patut ada dalam hidup kita. Kalau kita asyik membocorkan rahsia. Bila-bila masa ja Allah boleh dedah rahsia dan aib kita depan semua orang. Sayangi diri hiasi peribadi.

Subscribe to:
Posts (Atom)