Followers


Pages

Thursday, July 4, 2013

Kuat.

Bismillah.




Aku ingin jadi kuat,
Bukanlah seperti rekaan watak-watak superhero,
Aku ingin menjadi kuat,
Seperti kuatnya keluarga Yasir,
Diseksa namun imannya teguh mengalir.

Aku ingin menjadi kuat
Sekuat dan sehebat Khalid Al-Walid,
Kuat nya semangat jihadnya demi mengejar syahid,
Tidak pernah ada istilah sakit,
Kental  rohaninya dan jasadnya menghadapi sang musuh pembelit.

Aku ingin menjadi kuat,
Sekuat semangat Nabi Muhammad,
Menyebar sinar iman dengan tekad,
Tidak pernah luntur semangat membulat jihad,
Hinggalah tercabut ruh dari jasad.


Aku ingin..ingin..jadi seperti mereka..tapi mampukah aku? Aku hamba yang lemah. L

اللهم انصرنا الإخوان المسلمين في مصر في فلسطين في سريا في ماليزيا في كل زمان و كل مكان. 

Aminn..Ya Rabb. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan Islam. Sungguh, kejayaan Islam tidak mampu digapai dengan mudah, namun memerlukan usaha kita semua. Ayuh tembakkan doa.

Wallahu'alam.

Thursday, June 27, 2013

Diam Lebih Baik.

Bismillah.

Diam
Kadang-kadang diam itu lebih baik.
Mengapa?
Banyak cakap hati kita keras,
Banyak cakap banyak menyakitkan hati orang,
Banyak cakap menunjukkan kelemahan kita sendiri.

Diam bukan bererti kalah,
Diam bukan bererti mengalah,
Tapi diam lebih baik dari berbalah,
Kadang-kadang diam jadi penyudah,
Dari bertelagah tak sudah-sudah.

Khususan lil nafsi yang sedia dhoif ni. Manusia ni kelemahan nya ialah selalu melakukan kesilapan. Insyaallah akan cuba bercakap benda-benda yang bermanfaat saja. Kalam taujihat dari mak tadi, mak pesan suruh jaga akhlak, jaga tutur kata (yakni cakap bila perlu dan bermanfaat) sebab kata-kata cerminan peribadi. Buat sahabat-sahabat, dengan rendah hati nya saya ingin memohon kemaafan andai kata-kata saya mengguris atau menyakitkan hati. Sungguh, saya masih belajar untuk menjadi yang baik  untuk mencapai redha Allah, menjadi anak yang solehah buat mak dan ayah malah insyaallah untuk menjadi isteri yang solehah buat suami nanti. Insyaallah doakan ya.


Moga ALLAH lancarkan lidah kita untuk menjaga kalamNYA, agar tidak menyalah gunakannya untuk kepentingan sendiri dan menyebarkan Islam ke hati-hati insan. Amin.


wallahu'alam.

Sunday, June 9, 2013

Isra' dan Mi'raj

Bismillah.

Setelah sekian lama "menyepi" dari menulis, hari ini ingin dikongsikan tentang iktibar dari peristiwa Isra' dan Mi'raj sepertimana yang terdapat didalam Al-Quran, berada di tengah-tengah didalam Al-Quran mempunyai mesej yang terbesar untuk kita semua.

"Sesungguhnya Al-Quran tidak akan masuk padanya batil yang tidak benar"

Kita semua memang maklum tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj ini. Secara ringkasnya Nabi Muhammad di angkat keluar ke langit ke tujuh hingga ke sidratil muntaha. Peristiwa inilah umat Islam disyariatkan untuk menunaikan solat lima waktu.

Peristiwa Isra' Dan Mi'raj ada tujuannya yang besar tanpa kita sedar.

1. Merupakan peristiwa benar ke atas Rasulullah atas jasad dan ruh. Kalau kita perhatikan mengikut logik akal memang tidak masuk akal tapi dengan "kekuasaan" Allah semuanya tidak ada istilah mustahil. Sekiranya kita beriman tidak akan ada isu mempertikai tentang perkara ghaib ini.

2. Menunjukkan tanda-tanda kebesaran Allaah.

3. Membuktikan maqam insan Rabbani, Malaikat tidak sampai tetapi Rasulullah sampai.

4. Isra' adalah ujian. Maksudnya disini ialah ujian pada kehidupan sekarang, Islam sudah tersedia namun Islam tetap ditentang dan ditolak.

5. Bersiap sedia untuk menghadapi cabaran. cabaran yang terbesar ialah cabaran aqidah.

6. Supaya kita berfikir tentang alam luar. Alam yang kita tengok sekarang sangat jelas tetapi kita lupa ada alam lain yang Allah cipta tanapa kita dapat lihat secara kasar.

p/s:  Tulis secara ringkas supaya tidak pening :) wallahu'alam, kalau ada kesilapan dalam pemahaman.

Rujukan: Ceramah Isra'Mi'raj TG Dr.Harun Din Al-Hafiz, Hayyu Asyir, Kaherah.

Saturday, May 11, 2013

Keadaan-keadaan orang-orang yang meninggalkan Al-Quran

Bismillah, alhamdulillah sempat lagi menaip walaupun sekarang dalam fatrah imtihan, sebenarnya entri terbaru ni untuk peringatan diri sendiri dan juga sahabat2 agar tidak mensia2kan kalam Allah.  Kita boleh melihat melalui 6 aspek adakah kita meninggalkan Al-Quran ataupun tidak.Yang..



Pertama: Kita tidak mendengar mahupun membacanya. Kita mempunyai 24 jam masa namun dalam tempoh sehari itu, mulut dan telinga kita langsung tidak dihidangi dengan Al-Quran.

Kedua: Kita membaca AL-Quran namun tidak merenunginya dan tidak pula memikirkan kandungan makna-makna nya, juga merenungi maksud Allah dalam firman-firmannya.

Ketiga: Kita tidak mengamalkan ayat Al-Quran. Walaupun kita membaca bait-bait ayat Al-Quran itu, namun  selalu hanya mampu berhujah tanpa beramal. Allah sendiri berfirman di dalam surah As Saff, mengenai golongan yang berhujah tanpa amal. Rujuk surah As Saff ayat 2.

Keempat: Tidak menjadikannya sebagai ubat penawar. Al-Quran merupakan ubat bagi mengatasi tekanan jiwa dan segala kerisauan yang menimpa manusia. Kesimpulan nya Al-Quran ini merupakan ubat dan penawar bagi hati.

Kelima: Kita tidak menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan hukum. Kita lebih mempercayai sumber-sumber rujukan lain sekalipun didalam Al-Quran sendiri terdapat dalil-dalil hukum samada didalam sesuatu kumpulan mahupun individu sendiri.

Keenam: Situasi malu keran Al-Quram. Contohnya kita segan hendak membaca di hadapan kawan walaupun pada waktu itu memang berniat hendak membacanya. Boleh rujuk surah Al-A'raf ayat 2.

Mudah2an perkongsian ini menjadi muhasabah kepada kita semua. Hakikatnya kita sebagai manusia memang sering melakukan kesilapan sepertimana di dalam surah Al Nisa ayat 79. Segala yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datangnya daripada kelemahan kita sendiri. Wallahu'alam.


Tuesday, April 23, 2013

Diri Aku.




Dalam diri ini
Aku masih mencari-cari
Apa yang ada pada diriku,
Semakin dicari semakin tidak pasti

Namun,
Itu bukan urusanku,
Namun ia urusan sang Pencipta Langit Dan Bumi.
Apa lah layakku untuk menentukan itu ini,
Sesungguhnya Allah lah yang layak untuk diri ini.

Yang pasti,
Aku tidak punya apa-apa,
Ilmu pun sekecil cuma,
Iman teraba-raba,
Quran hanya secarik cuma di dada.

Aku hanya mampu menangis,
Bila melihat lembaran itu,
Menjadi penemanku siang malam,
Menjadi perantara saksi antara diriku padaMU,
Namun apa yang aku amal dari helaian itu.??

Aku hanya penumpang cuma,
Tak punya apa-apa,
Sekelumit pun tiada,
Kerana aku hanya insan yang hina.

Allah bangkitkan lah aku dengan wahyu yang kau turunkan kepada Junjungan Nabi Muhammad ini. Nasihatkan lah aku, bersihkan lah aku dari dosa-dosa. Sesungguhnya cahaya tidak mampu meresap pada jiwa yang banyak dosa.

-Astaghfirullah3x-



Thursday, April 18, 2013

Rencah Kehidupan

Bismillah.

Fatrah imtihan. Satu persatu ujian menyinggah kehidupan. Pelbagai corak warna menyinggah hati.

Bukak Al-Quran Surah As-Syuura: 30

Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu.)

Hasbunallah wa ni'mal wakil.

Seandainya boleh dikira,berapa banyak kesalahan-kesalahan hamba yang sudah Allah ampunkan, pasti tidak terbanding dengan kafarah yang Dia kirimkan. Betapa ALLAH Maha lembut kepada hamba-hambanya terimakasih ya ALLAH.

Rasa semangat bila teringatkan bahawa ALLAH sangat2 sayang kita. Bila kita leka, ALLAH bagi ujian sikit supaya kita selalu ingat ALLAH. ALLAH tak nak kita hanyut, Allah sedarkan kita.Apa lagi, sangka lah baik2 kepada ALLAH ta'ala.

Bismillahi Tawakaltu 'Ala ALLAH,

Allahumma Yassir Kama Tua'ssir, AMIN Ya Rabbal Alamin.

Sunday, April 14, 2013

Tarikh imtihan da keluar~

Bismillah.

Rasa kelat ada pahit ada manis ada bila sesuatu yang ditunggu akhirnya terjawab. Jadual imtihan dah keluar, i.Allah Al-Quran yang dihafaz diperkemas, persediaan dirapi. Allahumma Yassir Kama Tu'assir.