Followers


Pages

Friday, May 25, 2012

Alhamdulillah~

Assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah..Satu ungkapan memanjat kesyukuran kpd Allah kerana telah berakhirnya fasa imtihan pada 21 hb 5 yang lalu. Kini menghitung hari untuk bertolak pulang ke Msia. Moga2 dipermudahkan urusan pulang ke Msia nanti InsyaAllah.

Alhamdulillah, kita perlu bersyukur kerana masih didalam nikmat iman dan islam.

Alhamdulillah, masih lagi menghirup udara di Mesir ini. Menuntut ilmu di bumi para anbiya' ini sebenarnya memberikan satu sinar baru yang mungkin tidak dapat diperolehi di Msia. Mempelajari secara praktikal berkomunikasi bahasa asing merupakan nikmat yang terbesar. Bukan itu sahaja, mempelajari budaya2 masyarakat Mesir di sini juga satu "ilmu" tambahan untuk menjadikan nya sebagai pengalaman.


Hehe..

Panjang pulak intro..Sebenarnya nak share sesuatu di sini mudah2an memberikan manfaat kepada kita.

ALHAMDULILLAH (tajuk yang akan dikupas pada hari ini).


  • Takrif: Alhamdulillah ialah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud  "Segala puji bagi Tuhan!" ayat seruan dalam Qur'an.

Berapakah surah yang Allah gariskan didalam kalimah Alhamdulillah didalam Al Quran??

Antaranya yang akan kita baca didalam solat ialah surah Al Fatihah (ummul Quran), surah Al An'am:1,surah Al An'am ayat 43 dan lain2. Boleh lah rujuk link di bawah



Penggunaan kalimah Alhamdulillah di dalam Quran

Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :

Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran.” Dan diserukan kepada mereka: “ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan. Surah al-’Aaraf:43 .

Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan ” ALHAMDULILLAH ” sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a. s .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .

Kita renungi lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :

Ertinya :"Segala puja-puji hanyalah untuk Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) ” .

Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita yang mana tanpanya pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .

Selain itu, penggunaan kalimah Alhamdulillah digunakan sewaktu kita bersin,boleh juga digunakan sewaktu kita memperolehi kejayaan didalam sesuatu.

Sekian..

Mudah2an. Perkongsian yang serba kekurangan ni, mampu memberi sedikit ilmu kepada orang lain. :)





Sunday, April 1, 2012

Pecutan LAgi 20 Hari Lagi~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.


Alhamdulillah, akhirnya genap 6 bulan saya di bumi anbiya' ini. Hadaf utama di sini adalah untuk menuntut ilmu kerana Allah insyaALLAH.

Pada waktu ini, sekarang, kini, bahang2 imtihan makin terasa. Masing2 berusaha untuk mengulangkaji matapelajaran yang bakal menjengah xlama lagi. Mengikut perkiraan lagi 20 hari lagi. Hujung bulan 4 ini imtihan madah Al Quran 30 juzuk dan madah Qiraat Syafawi. Matan Qiraat masih berbaki yang xdihafal lagi. Quran pn perlu dperkemaskan lagi. Allahu Allah.. Takuttt  :(

Apa-apapn..buat semua rakan2 takhasus Qiraat tahun 1 semoga semua nya najah2 ya. Anggaplah exam ni satu wasilah ujian untuk kita. Usaha + Doa + Tawakal perlu dipraktikkan bukan sahaja dalam menempuh imtihan malah yang lain2 juga perlu ada ketiga2 elemen tersebut.

Teringat pesanan mak liqa usrah saya..Ayong syuhada berpesan kepada kami supaya ihtimam dalam menjaga hubungan baik dengan Allah dan kawan2 terutama nya ahli bait. Ayong berpesan lagi, didalam fatrah imtihan seringkali berlaku masalah hati. Seperti mana terdapat nya hadis yang berkaitan tentang hati. Sekiranya rosak hati maka rosaklah seluruhnya. Maka kita perlu mengelakkan diri dari perkara2 syubhah.

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. '

Kepada semua rakan2 doakanku moga dipermudahkan urusan imtihan dan mampu memanfaatkan semaksimum mungkin masa yang berbaki ini.

Akhir kalam.. Bittaufiq Wa Najjah untuk semua khususan lil takhasus Qiraat tahun 1 dan semua yang bakal2 mengalami fatrah imtihan. Perlu perbetulkan niat. Mudah2an ilmu terus melekat dan boleh dipraktik juga.. ^___^

:: Mood : Mengulang sekarang!!

Thursday, March 22, 2012

Hari Jumaat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad Sallahualaihiwassalam..

Bersyukur pada kita kepada Allah kerana diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi Allah ini.

Sesungguhnya Hari Jumaat merupakan Sayyidul Ayyam ataupun dikenali sebagai penghulu hari.


Terdapat kelebihan atau fadilat pada hari Jumaat antaranya ialah

1 :: Merupakan Hari yang telah disebut didalam Al Quran iaitu Surah Al Jumuah.

2 :: Merupakan hari yang mustajab berdoa

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «إن في الجمعة لساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه».[البخاري 935، ومسلم 852]



3 ::  Penghulu segala hari.

Dan banyak lagi beserta dalil2 yang berkaitan. Sila rujuk disini..


p/s : Malam Jumaat juga digalakkan membaca Surah Kahfi kerana dapat mengelak dari fitnah Dajjal Laknatullah.

........

Dan paling best. Hari Jumaat adalah hari cuti saya di Mesir. Kelas pengajian disini selain dari Hari Jumaat. Alhamdulillah disini dapat merasai betapa indahnya hari Jumaat ini.

Menjadi kebiasaan dan kelaziman disini, setelah bersusah dan berpenat lelah belajar di kuliah, pada hari Jumaat inilah dapat bertemu dengan adik beradik usrah. Berkongsi ilmu yang tidak mungkin diperolehi didalam kuliah dan mencakna isu-isu dunia terutamanya tentang ummah. 

Sangat seronok, dan InsyaAllah ukhwah yang terbina atas landasan takwa dan keimanan. Sayang kalian adik beradik usrahku. Jumpa esok di hari Jumaat. Rindu kalian.. ^___^



Wednesday, March 14, 2012

Ucapan Salam

Assalamualaikum wbt
Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad. Jangan lupa selawat ya..:)


:Pukul 10 stgh pagi:

Selepas kelas seperti biasa beberapa pelajar perempuan baru selesai kelas Qiraat Jama yang bertempat di Dewan Persada Al Jazira Alward keluar ingin membeli makanan di sebuah kedai runcit Ammu Izat.

Tanpa rasa apa-apa. Mereka masuk dan terus memilih barangan yang hendak dibeli.

Tiba-tiba terdengar suara menyapa. Alaikumussalam..Suara orang menjawab salam. Pelajar-pelajar perempuan tadi tercengang kerana ammu terbabit menjawab salam. Sedangkan mereka tidak menjawab salam sekalipun. Tersipu-sipu pelajar terbabit. Ammu tersebut tersenyum.

Praapp. Terasa... :) *Kisah benar ni..

:: Kisah tadi tu terkena pada batang hidung sendiri. Muhasabah balik..

Bagaikan meresap dihati bahawa amalan memberi salam perlu dilazimi dalam kehidupan. Janganlah nak menunggu orang lain memberi salam. Cuba kita mulakan dulu salam tersebut. Hukum memberi salam adalah sunat. Namun amalan sunat kalau kita buat menjanjikan pahala. Pahala akan diperoleh andai kita ikhlas kerana Allah. Mudahkan hendak dapat pahala.

Dekat Mesir ni. satu kebaikan nya dimana-mana pun akan terbiasa dengan ucapan salam. Walhal hendak naik teksi sekalipun sudah terbiasa memberi salam. Sangat bersyukur dapat merasai sedikit amalan yang biasa dalam kalangan masyarakat Mesir. Kalau di tanah air, masih kurang, hanya kunjungan atau ziarah rumah kerumah2 saja.

Dulu, di Irshad pun kakak2 senior rajin menasihati kami junior2 supaya ringan2 mulut untuk memberi salam. :)



Apalagi, selepas ini, mai pakat ramai2 ringan2kan mulut anda memberi salam ya. (^___^)

Sunday, February 19, 2012

Sebarkanlah walau sekadar satu ayat~

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar kawan2? Moga2 sihat2 dan dalam prlindungan Allah. Bersarang2 blog akibat xpernah kemas2. Alhamdulillah harini diberikan sedikit masa untuk berkongsi sedikit ilmu.

Dalam waktu lapang sempat juga terbaca buku BAHTERA PENYELAMAT dalam kehidupan pendakwah oleh Fathi Yakan. Sekadar berkongsi sedikit..

Antara penyebab hati keras ialah

1) Banyak bercakap
2) Banyak makan
3) Banyak tidur

Tidak dapat tidak, kita kena kurangkan semua perkara2 dia atas

Ini adalah kerana

1) Banyak bercakap selalunya kita akan bercakap perkara2 yang tidak sepatutnya. Biarlah bercakap untuk kebaikan

2) Banyak makan akan menyebabkan kita menjadi malas, dan suka tidur.

Sedikit perkongsian, InsyaAllah akan menyusul lagi nanti. Doakan moga kita berubah sedikit demi sedikit. Yang penting...HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM. Sangat sedih ini saja yang sempat buat. Sungguh..tak mampu nak bahagi masa. Harap sedikit namun bermanfaat ya kawan2. :)

Tuesday, November 8, 2011

Raya Di Egypt

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..Selawat dan salam keatas Nabi Junjungan Mulia SAW. ^__^

Pertama2 nya dipanjatkan kesyukuran kerana dapat lagi memberi sedikit perkongsian didalam blog ini..

Alhamdulillah juga kerana Allah memberi peluang kepada diri ini merasai sambutan hari Raya Aidil Adha di bumi Anbiya ini.
-unta yang bersiap siaga untuk disembelih-

kambing-kambing comel sebelum disembelih


Apakah maksud korban.?

Maksud korban didalam bahasa arabnya ialah Al Udhiyyah. Al Udhiyyah ialah binatang sembelihan yang berkaki empat seperti lembu(sapi), kambing, unta,biri-biri dan kambing.

Dalil Al-Qur'an berkaitan korban ialah..

Surah Saffat Ayat (102-107)

102. Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan Anaknya Dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - Dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah kami),

104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!

105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi Yang Engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan kebaikan.

106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian Yang nyata;

107. Dan Kami tebus Anaknya itu Dengan seekor binatang sembelihan Yang besar;

Di dalam surah ini, jelaslah bahawa Nabi Ibrahim as sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail as dan anaknya Nabi Ismail as sanggup dijadikan korban demi perintah Allah SAW.

Apakah hukum melakukan korban?

Bagi mazhab Shafie hukum berkorban ialah sunnat muaakad iaitu sunat yang dituntut dan digalakkan manakala bagi mazhab Hanafi berkorban hukumnya wajib.

Umur binatang yang boleh dikorbankan.

Unta: Berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.
Lembu/kerbau/kambing: berumur 2 tahun masuk ke 3 tahun
Biri-biri/kibas: Setahun atau masuk kedua tahun atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi enam bulan.

Syarat sah korban

Islam,Baligh,Merdeka, Berkemampuan,berakal.

Sedikit perkongsian ^_^. Raya di Bumi Anbiya' sangat seronok kerana kemeriahan dan suasana disini. Salam Perantauan buat keluarga di Malaysia.

Saturday, May 14, 2011

~HUJAN~

Assalamualaikum wbt..

Lama sangat xpost sebarang entri,moga2 entri kali ini dapat mmberi sedikit prkongsian berguna..:)Alhamdulillah harini ini diberi sedikit kesempatan untuk menaip entri ini..
Entri kali ini berkaitan HUJAN..
Kebelakangan ini,hujan terutama diPulau Pinang sepanjang hari,aktiviti2 seperti menyidai baju2 haruslah dihentikan buat seketika. Aktiviti2 luar juga perlu dikurangkan..:) Tapi semua itu ada hikmahnya...





Renungan sejenak dari pepatah Arab berbunyi:

" Dan diturunkan dari langit rezeki"

= Apa maksud ayat dia atas??? Rezeki yang dimaksudkan ialah Allah datangkan hujan..Dan dari hujanlah bumi akan subur, tanaman2 akan tumbuh2 dan menjadi hasil makanan dan rezeki buat kita.

Kelebihan hujan itu juga merupakan rahmat kepada kita selaku manusia. Allah memberi kelebihan hujan ini. Antara waktu2 yang mustajab berdoa adalah pada waktu hujan. Jadi, mari kita ambil kesempatan berdoa, sesungguhnya Allah sentiasa memberikan peluang kepada kita berdoa. :)

::Doa amalan ketika hujan ialah...



Dengan sedikit perkongsian ini, moga2 dapat dimanfaatkan bersama..

P/s: Ingatlah, kita mahukan LANGIT yang CERAH,namun ALLAH turunkan HUJAN,kita rasa sedih dan putus asa, rupa2 ALLAH hadirkan pelangi selepas itu..Setiap Kejadian ada HIKMAHNYA. ALLAH tidak mencipta sesuatu sia2..Renung2kan..:)

~Gambar Pelangi~