Bismillah.
Allahumma Solli 'ala Muhammad
Sudah sekian lama blog ini terbiar sepi tanpa sebarang post2 yang baru. Hari ini, tergerak hati nak meng'update semula blog ini. Mudah2an Allah menggerakkan hati rajin nak berkongsi sesuatu disini.
Hanya ini yang mampu diungkap.Alhamdulillah, setelah berkelana di Bumi Berkah yang memberi tarbiah yang sangat banyak. Bukan hanya ilmu di lembaran kitab2, malah ilmu mengenal kehidupan, bersahabat dan sebagainya.
Alhamdulillah, tamat sudah episod kisah kami di bumi Nabi Musa itu. Kuharap agar, satu saat nanti dapat lagi kembali ke sana mengutip nilaian emas ilmu disana.
Sedikit kenangan ber 'konvo' bersama sahabat2 yang sangat ikhlas menuntut ilmu.
Walaupun bukanlah diri ini bukan yang terbaik, alhamdulillah sangat beruntung mengenali mereka. Mudah2an Allah menemukan kita kembali di Malaysia. InsyaAllah.
Teringat kalam syeikh suatu ketika dahulu. Kita ini sang penuntut ilmu diibaratkan seperti pohon tamar, saat ditanam, dijaga selama beberapa tahun dengan sabar hinggalah satu saat mengeluarkan buah tamar itu. Dikala penjagaan pohon tamar itu kita hanya dijaga sahaja yakni seperti pelajar yang menerima ilmu, pada saat nya tamar itu berbuah, pada saat itu lah tanggungjawab kita memberi ilmu itu.
Jadi. Sesuai lah perumpaan kita seperti pohon tamar :) Menerima ilmu dan memberi ilmu.
"Sebaik baik di antara kamu, orang yang mempelajari Al Quran dan mengamalkan nya."
Kita bukan hanya mengamalkan ilmu itu untuk diri kita, malah menjadi tanggungjawab kita menyampaikan ilmu itu. Doakan semoga kita tergolong dalam kalangan ini.
Masih belum tahu perancangan Allah, samada belajar sambil berkerja, full time bekerja. Mudah2an Allah lorongkan yang terbaik.Setakat ini dahulu. <3 br="">3>
Saturday, November 29, 2014
Wednesday, June 18, 2014
Berat Bahu Memikul
Bismillah.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.
Sesuatu amanah bukanlah semudah kata, semanis bicara, tapi memerlukan keringat usaha dan pengorbanan. Hatta dalam keadaan bila mana waktu itu kita lemah semangat mahupun bersemangat.
Orang yang tidak berada di posisi itu, sukar untuk memahami, sukar untuk merasai betapa dalam lapangan posisi itu kita teruji dengan segala macam ujian. Namun ujian itu sebagai simbol cinta Allah pada hambanya.
Orang mengatakan mengapa perlu menangis, kita menangis bukan kerana tidak bersyukur namun merasa tidak layak berada di posisi ini. Malah, teramat malu pada Mu Ya RABB.
Kulihat, bukan hanya aku yang merasa kepahitan yang sama. Kulihat sahabat seperjuanganku juga begitu. Ya, tipu bagi siapa-siapa yang diposisikan seperti kita tak menangis bila merasa betapa sukarnya ingin menjaga sesuatu amanah yang teramat bernilai.
Al Quran itu, diibaratkan sebagai unta yang diikat talinya, bilamana ia dijaga ia tidak akan terlepas, tidak akan lari, begitu juga dengan Al Quran, setiap kandungan nya perlu dipelihara, perlu dijaga dan perlu dicinta sebaiknya, agar sentiasa terpahat dan tersemat. Namun, dengan manusia yang penuh dengan dosa ini mampukah kami?
Betapa berusahanya para sahabat, golongan tabi'in berhempas pulas menjaga ke aslian Al-Quran agar kita masih lagi menikmati karya agung dari pencipta. Bersyukurlah kita. Salahkah kita menangis kerana merasa sukar? Aku akan berusaha. Ya! kena berusaha, selebihnya kita letakkan tawakal dan rezekinya kepada Allah.
Tringat lagi di dalam hadis, kalau nak boleh rujuk kitab ya, kitab Tibyan Fi Adabi Hamalatil Quran karya Imam Nawawi kita dibolehkan menangis apabila membaca Al Quran, kalau tidak mampu menangis, berbuat-buat lah menangis.
Andai sedih carilah kekuatan di dalam Al Quran.
Maafkan aku teman, andai aku tak mampu mambantu diri mu. Kita sama sama berjuang.
Seandainya dirimu ingin Allah berkata kata denganmu, maka bacalah Al Quran.
Kejayaan terindah meraih mardatillah!
p/s: Doakan kami esok imtihan dhobt Al Quran 11.30 tghari. Mansurah, Misr.
Khair Biiznillah. Menyempat g update. :D

Tuesday, May 13, 2014
Update.
Bismillah, walhamdulillah.
\
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.
Tinggal kira-kira 19 hari lagi untuk menempuhi imtihan akhir. Persiapan belum sempurna sepenuhnya.
Semoga Allah permudahkan untuk semua yang bakal berimtihan.
\
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.
Tinggal kira-kira 19 hari lagi untuk menempuhi imtihan akhir. Persiapan belum sempurna sepenuhnya.
Semoga Allah permudahkan untuk semua yang bakal berimtihan.
Saturday, April 12, 2014
B E L A J A R
Bismillah.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.
Di dalam hidup setiap insan, Allah melakarkan satu-satu
lakaran cerita yang tidak sama. Namun, semua nya akan kembali kepada Allah .
Ya, pasti kembali kepada Allah.
Ada insan itu, diuji corak kehidupannya, kehilangan
orang-orang yang disayanginya.
Ada insan itu teruji
dengan kelemahannya, rasa berduka dengan kekurangan diri.
Ada insan teruji dengan kelebihannya, hingga terlupa diri.
Hakikatnya, setiap ujian itu, Allah ingin mengajarkan kita
sesuatu.
“Allah ingin kita belajar dari kesilapan, belajar menjadi
matang, belajar untuk mengenal tuhan, belajar dengan kehidupan Bertuhan.Belajar
dan belajar lagi..
Teringat satu kata-kata yang dititip lebih kurang begini,
setiap kejadian dan takdir yang berlaku, mesti ada sebabnya, Allah tidak akan
jadikan sesuatu perkara sia-sia.
Sebab itu, Allah berfirman agar kita selalu membaca, supaya
kita jadi golongan2 yang mempunyai satu benteng agar tidak mudah goyah atau
tertipu.
Belajar dan belajar lagi.
Umumnya, bila dikatakan belajar, kita hanya nampak belajar
di dalam kuliah, ada pensyarah, ada kitab. Sebenarnya, belajar bukan hanya itu,
belajar dengan kehidupan, belajar dengan alam juga adalah antara proses
belajar.
Dalam kehidupan kita selaku tolibul ilm kita sering
diingatkan tentang sesuatu perkara, belajar bukan hanya kerana darjat imtihan
namun juga di angkat darjat dari keberkatan ilmu itu sendiri. Adakah kita
mengamalkan ilmu yang diterima, atau sekadar hafal untuk imtihan dan selepas
itu kita lupa.
Kadang, ilmu itu tidak dapat sekarang, mungkin 10 atau 20
tahun akan datang, ilmu juga adalah
rezeki, tidak datang bergolek namun perlu kepada keringat usaha agar berbuahkan
hasil.
- bermalas-malasan mendekatkan diri pada kejahilan-
Ingat, dengan ilmu yang bermanfaat inilah sebagai satu bekal
kepada kita di akhirat kelak.
Memetik hadis ke 36 arba'in nawawiyah:
" من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله إلى طريقة الجنة
"
Maksud: Sesiapa
meredahi suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah mempermudah jalan ke syurga”
Sama-sama kita mengikhlaskan niat, bersungguh-sungguh kerana
di dalam menuntut ilmu kita akan belajar kepayahan, ilmu itu tidak datang dalam
keadaan bersenang-senang.
Hadis ini mengingatkan diri sendiri betapa perlu berusaha. Tidak perlu bermalas-malasan. Ini satu hammasah buat kita meraih dan menagih syurgaNYA. Jalan menuju kesyurga pelbagai, kitalah yang memilihnya.

Wallahu’alam.
Thursday, March 20, 2014
Empat hari yang dipilih Allah
Bismillah.
Allahumma Solli ‘ala Muhammad.
Terbaca di dalam kitab Mukasyafah al-Qulub karangan Imam
Ghazali,dari Ibn Mas’ud semoga Allah merahmatinya berkata Allah telah
memilih empat hari..
Empat hari yang dipilih Allah itu ialah.
Pertama: Hari Jumaat. Merupakan hari penghulu segala
hari, didalam nya antara waktu mustajabnya berdoa.
Kedua: Hari Arafah Pada hari itu
Allah berfirman kepada para malaikat, “Lihatlah hamba-hamba-Ku yang datang dari berbagai
penjuru dunia dengan berlumuran debu.
Mereka telah menafkahkan hartanya dan melelahkan badannya. Saksikanlah bahawa Aku telah
mengampuni mereka.”
Ketiga: Hari Raya
Aidil Adha. Semua mengetahui cerita berkaitan pengorbanan seorang nabi yang
taat pada Allah, hatta anak sendiri
sanggup dikorbankan demi perintah tuhanNYA. Ibrah dari kisah tersebut, setiap
titis darah yang mengalir dari haiwan penyembelihan dihapuskan dosa-dosanya.
Keempat: Hari Aidil Fitri. Ketika kaum Muslim berpuasa pada
bulan Ramadan, lalu keluar untuk melaksanakan solat sunat Aidil Fitri, Allah
berfirman kepada para malaikat, “Setiap orang yang beramal pasti mengharapkan
balasan. Hamba-hamba Ku telah berpuasa selama di bulan Ramadan lalu keluar pada
hari Aidil Fitri dengan mengharapkan pahala. Oleh itu, saksikan lah bahawa Aku
telah mengampuni mereka semua.
:: Esok hari Jumaat, ayuh sama-sama kita mencintai hari
Jumaat dengan mengisi hari yang dicintai Allah ini dengan sebaiknya,Al Kahfi jangan
dilupa, selawat, tsaqafah sebanyaknya, membaca Al-Quran, mentadabbur dan
lain-lain lagi. Ramadan pun tinggal 99 hari (kalau tak silap kira) mudah-mudahan
kita menjadi tetamuNYA. Moga ini salah satu cara
untuk kita lebih mengenal Rabb kita, dengan kenal maka semakin dekat dan semakin
rasa cinta kita padaNYA. Insya Allah.
Memetik kalam Allah pada surah Al Balad 28-30.
“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap
dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan
keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai
(di sisi Tuhanmu)! . Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang
berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga Ku.”
Mudah-mudahan .Aminn.
Friday, February 21, 2014
Tidur yang panjang.
Bismillah.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk mencoret. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat. Seakan baru tersedar dari suatu koma yang terlalu panjang. Semacam chipsmore.
"Perbaikilah dirimu dan sampaikanlah kepada selain kamu"
Kalam yang biasa kita dengar, agar kita sentiasa mensucikan jiwa, supaya amal ibadah kita sempurna. Bukan semudah bicara, praktikal nya sangat-sangat memerlukan mujahadah dan istiqamah yang berterusan.
Sama-sama kita bermujahadah dengan:
* Beruzlah yakni mengasingkan diri sendirian dengan bermuhasabah diri tatkala waktu solat, sebelum tidur atau akhir malam. Beriktikaf didalam masjid juga satu pendekatan terbaik untuk beruzlah.
*Mendiamkan diri. Banyak bicara banyak dosa, tersingkap banyak kelemahan. Berbicara perkara yang memberi peringatan dan hal-hal yang bermanfaat.
* Berjaga malam. Seorang pejuang seharusnya menjaga solat malam kerana ia senjata yang terbaik.
*Berlapar. Yang dimaksudkan ialah banyak berpuasa atau jangan makan terlalu kenyang.
Sama-sama kita bermujahadah. Moga setiap mujahadah kita beroleh ganjaran pahala. Dengan mujahadah kita boleh beristiqamah dengan kebaikan. Biarlah sedikit namun ikhlas dan faham, insyaAllah. Mudah-mudahan. ^_^
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad. Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk mencoret. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat. Seakan baru tersedar dari suatu koma yang terlalu panjang. Semacam chipsmore.
-tidur yang panjang-
Kalam yang biasa kita dengar, agar kita sentiasa mensucikan jiwa, supaya amal ibadah kita sempurna. Bukan semudah bicara, praktikal nya sangat-sangat memerlukan mujahadah dan istiqamah yang berterusan.
Sama-sama kita bermujahadah dengan:
* Beruzlah yakni mengasingkan diri sendirian dengan bermuhasabah diri tatkala waktu solat, sebelum tidur atau akhir malam. Beriktikaf didalam masjid juga satu pendekatan terbaik untuk beruzlah.
*Mendiamkan diri. Banyak bicara banyak dosa, tersingkap banyak kelemahan. Berbicara perkara yang memberi peringatan dan hal-hal yang bermanfaat.
* Berjaga malam. Seorang pejuang seharusnya menjaga solat malam kerana ia senjata yang terbaik.
*Berlapar. Yang dimaksudkan ialah banyak berpuasa atau jangan makan terlalu kenyang.
Sama-sama kita bermujahadah. Moga setiap mujahadah kita beroleh ganjaran pahala. Dengan mujahadah kita boleh beristiqamah dengan kebaikan. Biarlah sedikit namun ikhlas dan faham, insyaAllah. Mudah-mudahan. ^_^
Wednesday, January 1, 2014
Pak Cik Teksi
Bismillah,
Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Usai dari bank, bersama seorang sahabat bergegas ke kedai buku untuk membeli alatan menulis. Di dalam teksi, ammu memulakan bicaranya.
Ammu teksi:"Kamu pelajar tibb?
Kami: Tidak, kami pelajar dirasat islamiyah.
Ammu teksi : Kamu hafaz Al-Quran? Berapa juzuk?
Kami: Emm..diam, kawan cakap (cakap perlahan), kami sedar hakikat betapa sukarnya menjaga.
Ammu: Subhanallah, terus dia membacakan surah Yusuf ayat 2 yang berbunyi
''Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran dengan bahasa Arab, agar kamu memahaminya".
Seperti ayah menasihati anak-anaknya, dia juga menasihati kami agar menguasai sungguh-sungguh Bahasa Arab yakni bahasa Al-Quran, kerana mudah untuk memahami isi kadungannya malah sebaik-baik bahasa adalah bahasa Arab . Al-Quran juga yang akan memberi syafaat di dunia malah di akhirat.
Antara nasihat lain, dia menasihati kami agar rajin berselawat kepada Rasulullah, jangan kedekut berselawat.
Terasa bagai dapat satu mutiara berharga, walaupun kita sedia maklum tentang itu, namun sungguh, nasihatnya dari hati itu terus meresap di jiwa. Moga jiwa ini terus subur dengan Al-Quran sebagai bekal perjalanan ke syurga. Ardil Kinanah bumi Tarbiyah.
"Jazakkallahu Khairan Jaza' Ammu! "
Syukran Ya Rabb kerana sentiasa ingatkan kami. Alhamdulllah, kerana terpilih dicampak di sini.
Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
-pic min google-

Friday, December 13, 2013
Nampak, atau tidak nampak?
Allahumma Solli Ala Muhammad.
Tergerak nak buka blog harini, berzaman x mengupdate blog jadi
kena “baca-baca ruqyah “ sikit bagi menghindari ada makhluk lain menginap. Dan ada dah labah-labah bagi signal dah nak
menginap. So, kena lah kemas-kemas sikit bagi molek-molek sebab blog pun ada
haknya. ^_^
-gambar ni ja yg tutup mata-
Kalau kita perasan, dan kalau kita ikutkan logik akal kita
sebagai manusia, kita suka perkara tu nampak real dan jelas baru kita akan
percaya dan kita hargai. Namun, Allah lah yang mencorakkan kehidupan kita di
dunia ini dengan cara yang sangat unik dan menarik. Bukan semua perkara itu
kita boleh lihat dengan mata kasar kita.
Begitu juga dengan keimanan kita, kita tidak nampak Allah namun
kita mengimani, kita tidak pernah bertemu dengan nabi-nabi utusanNYA namun kita
percaya mereka sebagai utusan Allah, kita megimani kewujudan malaikat-malaikat,
kitab-kitabNYA dan banyak lagi perkara yang diluar kotak pemikiran kita.
Kenapa kita boleh beriman? Kerana kita boleh melihat bukti-bukti yang dibawa nabi
kita صلى الله
عليه وسلم محمد yang membawa wahyu dari
Allah iaitu Al-Quran. Allah berfirman di dalam Al-Quran.
“Sesungguhnya engkau
hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang
Maha Pengasih , walaupun mereka tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka khabar
gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. (Yasin:11)
Allah tidak bagi kita
melihat perkara-perkara ghaib, tapi Allah datangkan bukti-bukti kekuasaannya supaya kita mengimani namun kita
tidak mahu berfikir dan mensyukuri kekuasaannya.Begitu juga tentang
kehidupan akhirat, Allah bagi panduan kepada kita untuk beramal soleh dan
menjanjikan syurga namun kita sering leka, sebab kita tidak nampak dengan mata
kasar. Tapi, bagi orang yang nampak dari mata “hati” mereka akan memahaminya dan mencari peluang melakukan amal soleh.
Allah berjanji di dalam Al-Quran berbunyi:
“ Dan orang yang
beriman dan mengerjakan amal kebaikan, kelak akan kami masukkan ke dalam syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. Dan janji Allah itu benar. Siapakah yang lebih benar perkataan
daripada Allah” (Surah AnNisa: 122)
Allah sudah berjanji kepada hambanya,
bagaimana kita hendak merealisasikan untuk mengejar syurga hakiki? Walaupun zahirnya tidak nampak sekarang namun Allah akan menampakkan hasil kebaikan
kita di syurga kelak.
Terfikir juga, dengan
rasa sayangnya kita kepada baginda Rasulullah, pada zaman dimana agama Islam meluas seluruh dunia. Belum tentu lagi kita mampu percaya kalau kita berada
sezaman dengan baginda. Zaman dimana banyak penentangan kepada baginda.Kerana manusia fitrahnya sukar menerima sesuatu yang baru dan sukar percaya perkara-perkara ghaib.
Allahu Allah. Bersyukurlah kita kerana berada bersama-sama baginda. Walaupun
tidak pernah bertemu namun kita sering rindu.
Termuhasabah merasakan
pendinding diri yakni amalan kerohanian masih kurang sebab masih ada sifat-sifat
negatif pada diri. Walaupun kita tidak nampak, itulah asbab dari kurangnya
penghayatan kita dalam ibadah.
Dalam perkara-perkara
lain pun, kadang-kadang kita berhajat untuk sesuatu namun Allah tidak
menampakkan lagi apa yang kita harapkan. Kerana ada suatu perkara yang dijanji
iaitu ‘hikmah’. Sama-samalah kita ya.
:: Musim syita menguji
diri, tak dapat tidur malam, bermujahadah, menginsafi dan mensyukuri kerana
masih berbaju tebal+berlihaf tebal+sakhonah, menyedari ada saudara seakidah
kita mati kesejukan kerana kekurangan keperluan musim sejuk. Semoga Allah
menghadiahkan mereka jannah.Ameen.
Monday, November 25, 2013
Gembira
Bismillah.
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.
Alhamdulillah, hari ini Allah menghadiahkan"sesuatu"buat hambanya yang hina ini. Kegembiraan ini tidak disangka-sangka namun selaku hamba perlulah mengucapkan dan
menzahirkan kesyukuran kepada pemberi hadiah yakni Allah.
Tak disangka, doa pada satu malam Allah dimakbulkan Allah
pada hari yag sama, betapa hebat nya Allah, mengatur alam dan merencana setiap inci perkara.
Benarlah kalam nya “ Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti”
Tentang hajatnya apa, moga menjadi rahsia peribadi antara
Allah.Alhamdulillah. :)
Mari kita renungi sejenak ayat ini pada surah As Syuraa
ayat 19 berbunyi:
“Allah Maha Lembut
tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada
hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
peraturan yang ditetapkan), dan dialah Maha Kuat, Lagi Maha Kuasa.
Buat semua,ingatlah kegembiraan didunia hanya bersifat sementara
kerana itu hanya satu penguat buat kita agar sentiasa istiqamah dalam
beribadah, bukanlah bersifat kekal kerana itu boleh menjadikan kita terus lupa
kerana kebahagiaan yang hakiki hanyalah dijanjikan di syurga kelak.
Termuhasabah melihat golongan yang bersungguh-sungguh menjaga hak
Allah, moga golongan seperti mereka ini dapat dicontohi. Sesungguhnya Allah
menjanjikan kebahagiaan buat mereka. Tumpang gembira dan didoakan mereka sentiasa istiqamah.
Isilah hari-hari ini dengan keceriaan dan bergembira bertemu
dengan Allah. Selamat bergembira buat golongan beriman!
Tuesday, November 19, 2013
JOm Fikir.
Bismillah.Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Hari ini ingin mengajak kepada semua termasuk diri ini untuk
berfikir.
Fikir. Secara jujurnya, apa yang paling utama kita fikir?
Berjaya di dunia? Jadi orang terkenal? Kehidupan kaya raya tanpa masalah? Atau
apa-apa sekalipun.
Dan selalunya kalau kita ditanya tentang hajat atau
cita-cita, secara umumnya kita akan menjawab kita mengharapkan keredhaan Allah
dan berjaya dunia akhirat, namun.. adakah benar omongan kita itu, ataupun hanya
nista semata?
Sedarkah kita bahawa kita ini terlalu tamak? Sebanyak
manakah kita memikirkan masalah agama? Sebanyak manakah kita berfikir untuk
memenangi hati Allah,? Dan sebanyak mannaka kita berfikir tentang hari akhirat.?
Amatlah rugi hanya kerana kita berangan-angan tentang perkara sia-sia. Seharusnya perkara
itu yang menjadi utama, terkagum dengan sahabat dan sahabiah yang fikirkan yang
terbaik untuk menggerakkan dakwah dan Islam, kalam mereka berkisar tentang
perjuangan, sangat kurang kita melihat rungutan mereka tentang masalah diri
mereka.
Em. :’(
Tak perlu kita jawab, xperlu kita jaharkan, tak perlu kita
sebarkan kepada orang apa yang kita fikir sekarang. Hakikatnya, walaupun kita
solat tunggang terbalik, hati kita masih lalai, hati kita masih terlalu cinta
dunia, hati kita mengaku cinta agama tapi apakah sumbangan kita? Banyak sangatkah
sumbangan kita, dann.. adakah dengan
usaha kecil itu kita merungut.? Pernah tak kita fikir apa sumbangan kita yang
perlu kita lakukan untuk menegakkan daulah Islam??
Ya! Pastinya,banyak sekali rungutan, banyak sangat keluhan,
adakah kita tidak fikir kita telah menzalimi sahabat-sahabat kita,kerana kita
tidak membantu mereka. Kasihan mereka, kita biarkan mereka bekerja untuk Islam,
dan kita hanya mampu melihat. Itukah tanda kita cinta pada agama. Atau kita
sekarang hanya fikir cinta dunia semata?
Renungkan kalam ALLAH didalam surah Al-Ankabut ayat 64 berbunyi:
“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan .
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah
kehidupan sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui”.
Boleh juga hayati makna kalam Allah surah Al-An’am ayat ke
70 di dalam Al-Quran. Kita harus lah
sedar,Allah memberi peringatan kepada kita, bagi jalan kepada kita supaya
memilih apa yang terbaik untuk hidup kita. Allah juga menunjukkan bukti-bukti
kekuasaannya dan keesaannya supaya kita berfikir apakah tujuan utama kita hidup. Dan paling utama mengimani ALLAH secara total.
Kita hayati bukti kebesaran ALLAH pada surah Al-Baqarah ayat 164.
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian
malam dan siang, kapal yang berlayar dilaut
dengan muatan yang bermanfaat bagi manusia,apa yang diturunkan kepada
ALLAH dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-NYA bumi setelah mati (kering), dan dia tebarkan didalamnya
bermacam-macam binatang, perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara
langit dan bumi (semua itu) sungguh,merupakan tanda kebesaran bagi orang-orang
yang mengerti.
Rugilah kiranya andai kita hanya membaca namun tidak
mengambil ayat-ayat Al-Quran sebagai ibrah. Ini merupakan surat cinta kepada
golongan mukmin supaya mengimani dan berfikir.
Sangat sedih sekiranya kita masih berfikir tentang dunia
hingga perkara yang hak kita abaikan. Sebab itulah setiap perbuatan kita kita
kena berfikir dan kaitkan dengan agama. Misalannya, kita mengemas dan menggosok
minyak degil di dinding dapur, begitulah
juga diumpamakan dengan hati kita, kita kena sentiasa berusaha membersihkan
dinding yang kotor itu dengan sabun yang
terbaik agar cantik berkilat sentiasa. ALLAH menilai mujahadah kita itu.
Elakkan merungut.
Kita kena check semula dan berfikir juga bagaimana kualiti
ibadah kita, andai menurun, cuba muhasabah kembali andai tercampur dengan
unsur-unsur maksiat. Nauzubillah min zalik. Percayalah setiap perbuatan baik
kita Allah akan ganjari dengan perkara yang kita hajati, malah terkadang lebih
baik dari apa yang kita sangka. Fikirlah tanggungjawab utama kita di dunia
sementara ini. Janganlah jadi golongan yang kalah di akhirat nanti.
-ni ja yg ada dlm laptop-
P/s: Rasanya post ini
sangat garang sebab marah kat diri sendiri. Kawan-kawan, dan yang mengenali ,
maafkan diri andai menzalimi diri sendiri juga orang lain dan tidak tertunaikan
hak yang sepatutnya sebagai saudara se-Islam. Mohon doakan kita semua menjadi
terbaik di hadapan ALLAH. Sama-sama kita. InsyaALLAH.
Saturday, November 9, 2013
Jalan keluar
Bismillah.
Lamanya tak dapat update blog, kerana masalah komputer. Alhamdulillah, akhirrnyaa.., dapat lah kiranya berblog semula. Hakikatnya,apa yang terjadi, semuanya dalam perancangan Allah, perancangan Allah itu pasti, namun itu bukanlah satu alasan buat diri, supaya kita sentiasa berdiri di atas apa-apa situasi. Apa-apa pun di mana sekalipun kita berada, Allah akan memberikan kita sesuatu yakni "hadiah" yang mengajar kita erti tarbiah. Itu ialah ialah tarbiah kehidupan. Antara kita sedar atau tidak.
Bukan mudah bagi kita selaku manusia untuk berhadapan dengan situasi yang tidak disangka-sangka. Kadang kala hari-hari kita ditemani dengan air mata, lantaran kerana mihnah yang menimpa. Teringat tatkala diri teruji terlintas kalam Allah di fikiran yang merupakan peringatan Allah buat hambanya.
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan bagiNya." (Surah At-Talaq:2)
Allah berfirman lagi.
"Dan DIA memberinya dari rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-NYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Surah At-Talaq:3)
Ayat diatas secara jelas Allah memberikan kita suatu janji cuma jalannya adalah dengan nilaian 'TAKWA" kita kepada Allah. Cuma bagaimana kita mentakrifkan takwa itu dalam amalan dan cara kita menghadapi setiap ujian itu.
Allah berfirman lagi didalam surah Al-Insyirah ayat keenam.
"Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan"
Maka, selaku hamba kepada pencipta seharusnya kita bergantung harap kepada pencipta kita yakni ALLAH. Setiap ujian yang terjadi bertindak selari dengan cara yang diredhai dan meletakkan Allah akan dipermudahkan urusan kita. Dan percaya atau tidak kita dah terkeluar dar masalah itu. Antara cepat atau lambat. Insya Allah. Peringatan khusus buat diri sebenarnya. Semoga kita semua sentiasa tsabat. Ameen.
Lamanya tak dapat update blog, kerana masalah komputer. Alhamdulillah, akhirrnyaa.., dapat lah kiranya berblog semula. Hakikatnya,apa yang terjadi, semuanya dalam perancangan Allah, perancangan Allah itu pasti, namun itu bukanlah satu alasan buat diri, supaya kita sentiasa berdiri di atas apa-apa situasi. Apa-apa pun di mana sekalipun kita berada, Allah akan memberikan kita sesuatu yakni "hadiah" yang mengajar kita erti tarbiah. Itu ialah ialah tarbiah kehidupan. Antara kita sedar atau tidak.
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan bagiNya." (Surah At-Talaq:2)
Allah berfirman lagi.
"Dan DIA memberinya dari rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-NYA. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (Surah At-Talaq:3)
Ayat diatas secara jelas Allah memberikan kita suatu janji cuma jalannya adalah dengan nilaian 'TAKWA" kita kepada Allah. Cuma bagaimana kita mentakrifkan takwa itu dalam amalan dan cara kita menghadapi setiap ujian itu.
Allah berfirman lagi didalam surah Al-Insyirah ayat keenam.
"Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan"
Maka, selaku hamba kepada pencipta seharusnya kita bergantung harap kepada pencipta kita yakni ALLAH. Setiap ujian yang terjadi bertindak selari dengan cara yang diredhai dan meletakkan Allah akan dipermudahkan urusan kita. Dan percaya atau tidak kita dah terkeluar dar masalah itu. Antara cepat atau lambat. Insya Allah. Peringatan khusus buat diri sebenarnya. Semoga kita semua sentiasa tsabat. Ameen.
Saturday, September 28, 2013
Syukurkah kita?
Bismillah. Alhamdulillah. Allahumma Solli ‘Ala Muhammad.
Sekadar peringatan buat diri ini. Sering kali bersedih
dengan kekurangan yang diberi. Rasa berputus asa dan lemah semangat untuk
meneruskan kehidupan.
Seringkali kita mengeluh “ kenapa aku ditakdirkan menjadi
begini dan begini” ," kenapa aku tak sehebat fulan dan fulan, dan sebagainya.
Namun sedarkah kita betapa banyaknya nikmat yang ALLAH beri kepada kita.
Ya. Banyak sangat. Banyak sangat-sangat namun kita masih
mengeluh. Allah bagi banyak nikmat kepada kita, ALLAH bagi ibu-bapa yang sangat sayangkan
kita, Allah hadirkan orang-orang yang baik sekeliling kita, Allah pelihara kita
dari perkara-perkara yang bahaya, Allah bagi nikmat anggota badan, nikmat akal, dan banyak lagi tak terhitung, namun kita masih tak bersyukur? Kenapa dengan sedikit ujian kita perlu rebah tersungkur?
Bukalah Al-Quran renungi firman Allah yang berbunyi : Dan
(ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu . “Demi sesungguhnya, Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepadamu , dan demi sesungguhnya,
jika kamu kufur dan ingkar sesungguhnya azabKu amat keras. Surah Ibrahim ayat 7.
Hamba yang bersyukur akan ditambahi nikmat, namun hamba yang
kufur akan diazab. Kita akan memilih untuk menjadi hamba yang bersyukur bukan?
Andai kita rasa kurang, lihatlah orang yang teruji
lebih dari kita, kita akan sedar setiap manusia ada kekurangan dan Allah menguji
kita kerana cinta NYA kepada kita. Semua orang mampu bersabar atas dugaan,
namun andai bersyukur kita akan menjadi manusia yang hebat. Hebat dimata Allah.
Kembalilah kepada Allah dan bersyukurlah. Muhasabah untuk
diri sendiri. Masih belum terlambat.
Alhamdulillah, Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. J
Subscribe to:
Posts (Atom)